UPM Institutional Repository

Peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah


Citation

Yong, Hie Hie and Ku Samsu, Ku Hasnita and Adnan, Zatul Himmah and Awang, Mohd Daud and Ab Halim, Adlina (2018) Peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah. Akademika, 88 (2). 95 - 108. ISSN 0126-5008; ESSN: 0126-8694

Abstract

Sekolah merupakan antara institusi penting yang berupaya membantu pembentukan perpaduan kaum melalui proses sosialisasi yang melibatkan pelbagai agen seperti guru dan rakan sebaya. Dalam konteks ini, guru merupakan agen yang lebih berautoriti, sekali gus dapat memberi impak yang lebih positif ke arah pembentukan perpaduan kaum di sekolah. Para guru terutamanya di peringkat sekolah rendah merupakan agen sosialisasi yang penting dalam menyatupadukan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum, seterusnya membentuk kesedaran generasi muda mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara. Walau bagaimanapun, terdapat guru yang mewujudkan provokasi perkauman serta melakukan pengasingan pelajar mengikut kaum, latar belakang ekonomi dan agama agar pelajarnya dapat mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan, dan sebahagiannya juga mengabaikan peranan mereka sebagai agen sosialisasi dan membentuk perpaduan kaum kepada pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneliti peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum. Kaedah kualitatif melalui teknik perbincangan kumpulan berfokus (Focus Group Discussion atau FGD) telah dijalankan bagi mencapai objektif kajian melibatkan seramai enam orang guru yang terdiri daripada guru Melayu, Cina dan India. Mereka merupakan guru yang berkhidmat di enam buah sekolah rendah daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) di daerah Petaling. Hasil kajian menunjukkan terdapat empat peranan utama dalam memupuk dan membentuk perpaduan kaum, iaitu penyampai maklumat ilmu kenegaraan; ilmu perpaduan; ilmu kebudayaan kaum; dan sebagai suri teladan kepada pelajar ke arah pemupukan perpaduan kaum.


Download File

[img]
Preview
Text
Peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah .pdf

Download (83kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.17576/akad-2018-8802-07
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Socialization agent; Ethnic unity; Teacher; Primary School; Student
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 15 Oct 2019 07:39
Last Modified: 15 Oct 2019 07:40
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/akad-2018-8802-07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75247
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item