UPM Institutional Repository

Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah dan hubungannya dengan pencapaian akademik murid sekolah agama bantuan kerajaan (SABK)


Citation

Mahamud, Irma Yanti and Che Hassan, Norlizah and Mohd Fakhruddin, Fathiyah (2018) Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah dan hubungannya dengan pencapaian akademik murid sekolah agama bantuan kerajaan (SABK). E-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi (e-JPI), 5 (1). 42 - 62. ISSN 2289-7909

Abstract

Ibu bapa berperanan sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan serta memastikan pembelajaran berkualiti anak mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah, mengenalpasti tahap pencapaian akademik murid dan menentukan hubungannya ke atas pencapaian akademik murid di lima buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di empat daerah di Negeri Sembilan. Kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan teknik pengumpulan data secara rawak berkelompok ini telah digunakan untuk mengenalpasti 227 orang responden yang terdiri daripada murid tingkatan empat. Instrumen kajian yang digunakan adalah adaptasi dan diubahsuai daripada Kajian Keberkesanan Buku Sarana Ibu Bapa Terhadap Pembelajaran Murid dan Indeks Persepsi Murid Terhadap Program Sahsiah Unggul Murid 2013. Darjah kebolehpercayaan (Cronbach Alpha) bagi keseluruhan instrumen adalah .942. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisa frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya tahap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah menunjukkan tahap yang tinggi (M=3.86, SP=0.62). Namun demikian, bagi komponen komunikasi anak dengan ibu bapa (M=3.52, SP=0.80) dan sokongan ibu bapa terhadap kecemerlangan anak (M=3.64, SP=0.76) menunjukkan tahap yang sederhana. Keputusan analisis korelasi pula menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik murid (r=0.058, p=0.386). Kajian ini sekaligus memberi maklumat dan gambaran awal trend status penglibatan ibu bapa melalui pelaksanaan Sarana Ibu Bapa di bawah Anjakan Ke Sembilan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Download File

[img]
Preview
Text
Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah dan hubungannya dengan pencapaian akademik murid sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).pdf

Download (84kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://rmc.kuis.edu.my/jpi/vol-5-no-1-april-2018/

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Penerbit Kolej Universiti Islam Selangor
Keywords: Parents’ involvement; Academic achievement; Religious Government-Affiliated Schools; Sarana ibu bapa
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 14 Oct 2019 08:38
Last Modified: 14 Oct 2019 08:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75236
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item