Simple Search:

Penggunaan strategi memori kosa kata dalam kalangan pelajar Kolej Universiti Islam Melaka


Citation

Abu Hasim, Noorhidayah and Mustapha, Nik Farhan and Hajimaming @ Toklubok, Pabiyah (2018) Penggunaan strategi memori kosa kata dalam kalangan pelajar Kolej Universiti Islam Melaka. Jurnal Kesidang, 3. 62 - 72. ISSN 2550-1674; ESSN: 2600-7851

Abstract / Synopsis

Strategi memori diyakini ramai pakar bahasa sebagai strategi yang penting dan berpengaruh. Tinjauan literatur juga menunjukkan bahawa strategi ini memainkan peranan yang amat penting dalam pembelajaran bahasa. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis strategi memori yang digunakan oleh pelajar- pelajar di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dalam mengingati kepelbagaian kosa kata Arab. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan data, dan seterusnya mengaplikasikan pendekatan deskriptif dalam persembahan dapatan. Responden kajian terdiri daripada 8 orang pelajar KUIM yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden telah mengaplikasikan pelbagai jenis strategi memori yang dicadangkan mengikut teori Oxford (1990). Sub strategi “membuat peta semantik” di bawah strategi utama “menggunakan imej dan bunyi” adalah merupakan strategi yang paling kerap digunakan oleh responden kajian dalam mengingati kosa kata Arab berbanding strategi- strategi lain. Hasil kajian dijangka dapat membantu pelajar membaiki pencapaian pembelajaran bahasa Arab mereka.


Download File

[img]
Preview
PDF
Penggunaan strategi memori kosa kata dalam kalangan pelajar Kolej Universiti Islam Melaka.pdf

Download (149kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Kolej Universiti Islam Melaka
Keywords: Memory strategy; Arabic vocabulary; Kolej Universiti Islam Melaka students
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 14 Oct 2019 16:29
Last Modified: 14 Oct 2019 16:29
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75234
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item