Simple Search:

Penggunaan lagu dalam leningkatkan lenguasaan kosa kata dalam kalangan pelajar bahasa Jepun di Universiti Putra Malaysia


Citation

Abdullah, Muhammad Alif Redzuan and Hussin, Sanimah (2018) Penggunaan lagu dalam leningkatkan lenguasaan kosa kata dalam kalangan pelajar bahasa Jepun di Universiti Putra Malaysia. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 5 (2). 279 - 288. ISSN 2462-1692; ESSN: 2289-8042

Abstract / Synopsis

Kesukaran dalam menghafal kosa kata bahasa Jepun merupakan masalah yang dihadapi oleh pelajar yang mempelajari bahasa Jepun sebagai bahasa asing di Universiti Putra Malaysia (UPM). Penggunaan lagu merupakan kaedah pengajaran yang dapat digunakan untuk mempermudah proses pembelajaran, khususnya dalam penguasaan kosa kata. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan lagu dalam meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Jepun pelajar di Universiti Putra Malaysia. Kajian secara kuantitatif ini adalah untuk menganalisis kemahiran penguasaan kosa kata dan kesan penggunaan lagu terhadap kemahiran psikomotor serta afektif pelajar terhadap pembelajaran bahasa Jepun setelah menggunakan lagu ciptaan penyelidik dalam kuliah.Sampel kajian ini terdiri daripada 100 orang pelajar UPM yang mendaftar kursus bahasa Jepun 1 tahap asas. Data dikumpulkan melalui borang soal selidik dan pemerhatian. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan). Dapatan kajian menunjukkan pembelajaran kosa kata bahasa Jepun dengan menggunakan lagu lebih aktif berbanding model pengajaran konvensional. Malahan sampel kajian bermotivasi, tenang dan tidak bosan dalam proses pembelajaran bahasa Jepun. Implikasi kajian ini memberi cadangan bahawa penggunaan lagu dapat meningkatkan penguasaan kosa kata sampel kajian dalam pembelajaran bahasa Jepun di UPM.


Download File

[img]
Preview
PDF
Penggunaan lagu 1.pdf

Download (83kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Centre for the Advancement of Language Competence
Publisher: Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Keywords: Japanese songs; Vocabulary acquisition; Japanese language; Student; Foreign language
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 14 Oct 2019 16:14
Last Modified: 14 Oct 2019 16:14
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75232
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item