Simple Search:

Pengetahuan terhadap bahasa kebangsaan sebagai teras pembinaan peradaban Malaysia dalam kalangan mahasiswa di Lembah Klang


Citation

Ab. Halim, Adlina and Mohd Tohar, Siti NorAzhani and Ku Samsu, Ku Hasnita (2018) Pengetahuan terhadap bahasa kebangsaan sebagai teras pembinaan peradaban Malaysia dalam kalangan mahasiswa di Lembah Klang. Jurnal Sains Insani, 3 (2). 38 - 44. ISSN 0127-7871

Abstract / Synopsis

Makalah ini bertujuan membincangkan tahap pengetahuan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi (awam dan swasta) dari aspek i) sejarah, ii) dasar dan iii) kedudukan bahasa Melayu di dunia. Sehubungan itu, satu kajian telah dijalankan di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Multimedia dan Unisel, Selangor. Seramai 460 orang responden diperoleh melalui kaedah pensampelan rawak berstrata. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis secara deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan majoriti mahasiswa IPT mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap semua dimensi, iaitu sejarah, dasar dan kedudukan bahasa Melayu di dunia. Namun, terdapat beberapa item dalam dimensi dasar dan kedudukan bahasa Melayu yang menunjukkan pengetahuan yang rendah. Justeru, pengetahuan mengenai dasar bahasa kebangsaan dan kedudukan bahasa Melayu di dunia perlu dipertingkatkan melalui media massa atau dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar mahasiswa dapat lebih menghayati Perkara 152 Perlembagaan Malaysia mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi teras kepada perpaduan seterusnya tamadun Malaysia.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pengetahuan terhadap 1.pdf

Download (83kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Centre for Core Studies, Universiti Sains Islam Malaysia
Keywords: Civilization; Knowledge; National language; University student
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 14 Oct 2019 16:10
Last Modified: 14 Oct 2019 16:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75229
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item