UPM Institutional Repository

Pencarian maklumat berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif dalam kalangan remaja di Sarawak


Citation

Panting, Albeny Joslyn and Abdullah, Haslinda and Ismail, Ismi Arif and Roslan, Samsilah (2018) Pencarian maklumat berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif dalam kalangan remaja di Sarawak. Malaysian Journal of Youth Studies, 18. 93 - 110. ISSN 2180-1649

Abstract

Pencarian maklumat kesihatan seksual dan reproduktif (KSR) merupakan salah satu aspek penting dalam konteks pendidikan kesihatan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui bagaimana remaja mengakses sumber maklumat berkaitan dengan tingkah laku mencari maklumat KSR di Sarawak. Kajian keratan rentas telah dijalankan di tiga lokasi di Sarawak iaitu di Kuching, Sibu dan Miri dengan saiz sampel sejumlah 1,146 orang yang berumur di antara 16 hingga 19 tahun. Pensampelan berbilang peringkat yang digunakan adalah berdasarkan kerangka pensampelan yang menyenaraikan daerah, perumahan dan kampung. Proses ini menggunakan sekurang-kurangnya lima peringkat proses persampelan dari pemilihan daerah sehingga kepada pemilihan responden dari setiap isirumah terpilih secara rawak. Data dikumpul menggunakan soal-selidik berstruktur. Kadar respons kajian ini adalah 95% (N=1,086). Keputusan kajian menunjukkan responden yang pernah mencari maklumat KSR dalam tempoh tiga bulan yang lepas ialah 43% (n = 467). Sebab utama mencari maklumat KSR adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran. Jenis maklumat yang paling utama dicari ialah berkenaan dengan penjagaan kesihatan diri. Tiga sumber utama maklumat KSR yang sangat kerap digunakan ialah melalui internet, rakan sebaya dan media cetak. Sumber maklumat KSR yang sangat diyakini ialah personel kesihatan, guru sekolah dan internet. Penemuan kajian mencadangkan keperluan untuk melihat kekuatan sumber-sumber maklumat dalam membangunkan strategi promosi kesihatan berkaitan KSR yang berkesan bagi golongan remaja di Sarawak.


Download File

[img] Text
Pencarian maklumat berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif.pdf

Download (55kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Faculty of Human Ecology
Publisher: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Keywords: Adolescent; Information; Health; Sexual; Sarawak
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 05 Aug 2021 15:39
Last Modified: 05 Aug 2021 15:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75222
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item