UPM Institutional Repository

Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka masyarakat islam menurut kerangka federalisme di Malaysia (Empowering Syariah Court in the administration of islamic inheritance according to the Malaysian federalism framework)


Citation

Ab Rahman, Suhaimi and Md Khalid, Rasyikah and Abd Razak, Adilah and Jaafar, Abu Bakar (2018) Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka masyarakat islam menurut kerangka federalisme di Malaysia (Empowering Syariah Court in the administration of islamic inheritance according to the Malaysian federalism framework). Akademika, 88 (3). 113 - 125. ISSN 0126-5008; ESSN: 0126-8694

Abstract

Pengurusan dan pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia diagihkan kepada tiga agensi utama iaitu Mahkamah Tinggi, Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil di bawah Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan Amanah Raya Berhad. Manakala Mahkamah Syariah hanya berperanan untuk mengeluarkan sijil faraid dan dirujuk apabila timbul isu-isu koleteral dalam pengurusan dan pentadbiran harta seperti isu keesahan perkahwinan, pengesahan ahli waris dan hak ahli waris. Oleh itu, Mahkamah Syariah bukan tempat rujukan wajib tetapi dianggap sebagai pelengkap dalam sistem sedia ada. Keadaan ini adalah janggal kerana pengurusan dan pentadbiran harta pusaka orang Islam adalah berkaitan syarak maka insitutsi selayaknya untuk menyelesaikan isu ini adalah Mahkamah Syariah. Kajian ini dijalankan untuk menilai kedudukan Mahkamah Syariah dalam pengurusan dan pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia. Beberapa dokumen perundangan telah diteliti bagi memahami kedudukan dan bidangkuasa Mahkamah Syariah berkaitan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka orang Islam menurut kerangka federalisme di Malaysia. Selain daripada itu, survei ke atas beberapa orang responden turut diadakan bagi mengetahui keberkesanan Mahkamah Syariah berkenaan dengan isu di atas. Kajian ini mendapati bahawa Mahkamah Syariah perlu diperkasa agar prinsip pembahagian harta pusaka yang telah diatur dalam Islam dilaksanakan dengan sepenuhnya dan memberi keadilan kepada semua ahli waris dan menjamin kesejahteraan dalam masyarakat.


Download File

[img]
Preview
Text
Pemerkasaan 2.pdf

Download (84kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
DOI Number: https://doi.org/10.17576/akad-2018-8803-10
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Federalisme; Harta pusaka; Islam, Mahkamah Syariah; Pentadbiran Malaysia
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 14 Oct 2019 08:04
Last Modified: 14 Oct 2019 08:04
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/akad-2018-8803-10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75221
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item