UPM Institutional Repository

Pembangunan kit video pembelajaran bahasa Melayu penutur asing berteraskan budaya


Citation

Kasdan, Junaini and Mohd Yusoff, Yusmaniza and Jalaluddin, Nor Hashimah and Mohamad, Hasnah (2018) Pembangunan kit video pembelajaran bahasa Melayu penutur asing berteraskan budaya. Pendeta: Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu, 9. 144 - 157. ISSN 1823-6812; ESSN: 2600-8696

Abstract

Kebanjiran tenaga kerja asing,seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan penetapan sasaran Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan menjelang tahun 2020,merupakan peluang untuk mengembangkan bahasa Melayu kepada penutur asing.Namun, dalam keghairahan menyambut wargaasing ini,perancangan dan tindakan yang tepat perlu diberikan perhatian.Mereka bukan sahaja perlu mempelajari bahasa Melayu,tetapi juga budaya Melay uyang pastinya berbeza dengan budaya kaum-kaum lain di Malaysia.Melalui kajian keperluan pelanggan yang dilakukan secara dalam talian, kajian ini mendapati bahawa lebih daripada 75.0% responden dari 17 buah negara memberikan maklum balas bahawa mereka tidak berminat untuk mempelajari bahasa Melayu,namun semua responden menyatakan ingin mempelajari budaya Melayu.Sejumlah 85.% responden pula memberikan maklum balas bahawa mereka sukar untuk mendapatkan bahan pembelajaran dalam talian,khususnya dalam bentuk video yang boleh dirujuk.Susulan daripada itu, kajian ini bertujuan membangunkan kit video pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing dengan mengambil kira keperluan pengajaran bahasa dan budaya Melayu dalam satu pakej yang sama. Sebanyak 11 tema utama dipilih untuk membangunkan kit video ini dan telah diperkenalkan kepada pelajar asing yang mengikuti kursus bahasa Melayu di Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM dan diForeign Language Centre, FCU Taiwan. Tahap awal kajian ini mendapati bahawa pelajar asing memberikan maklum balas yang positif terhadap kit video yang dibangunkan.


Download File

[img]
Preview
Text
Pembangunan kit video pembelajaran bahasa Melayu penutur asing berteraskan budaya.pdf

Download (83kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Malay language; Foreign speaker; Video kit; Culture; Teaching and learning
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 14 Oct 2019 06:38
Last Modified: 14 Oct 2019 06:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75219
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item