UPM Institutional Repository

Metafora konsep MANUSIA IALAH HAIWAN dalam peribahasa Melayu dan Perancis berkaitan metafora haiwan kesayangan


Citation

Salehan, Dinie Asyraf and Hassan @ Hussin, Omrah and Hamzah, Zaitul Azma Zainon (2018) Metafora konsep MANUSIA IALAH HAIWAN dalam peribahasa Melayu dan Perancis berkaitan metafora haiwan kesayangan. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (3). 17 - 27. ISSN 2289-1706; ESSN: 2289-4268

Abstract

Peribahasa sebagai medium penyampaian mesej secara tersirat telah menjadi fokus kajian ramai penyelidik. Metafora, khususnya metafora konsep menjadi salah satu lapangan kajian peribahasa yang menjadi tumpuan. Unsur-unsur alam yang berada di sekeliling manusia seperti yang terdapat dalam Rantaian Utama Kejadian diadaptasi oleh manusia untuk digunakan sebagai perlambangan kepada konsep, atau dalam kata lainnya sebagai metafora konsep dalam peribahasa. Salah satu daripada jenis-jenis metafora yang digunakan dalam bahasa-bahasa dunia termasuk bahasa Melayu dan Perancis untuk menzahirkan metafora konsep MANUSIA IALAH HAIWAN, ialah metafora haiwan kesayangan, iaitu metafora kucing dan anjing. Penggunaan metafora kucing dan anjing dalam dua bahasa menimbulkan persoalan sekiranya terdapat persamaan dari sudut metafora konsep dalam peribahasa ataupun hanya perbezaan semata-mata oleh sebab perbezaan bahasa itu sendiri. Dapatan kajian menunjukkan 4 metafora konsep yang sama dianalisis dalam peribahasa Melayu dan Perancis di samping perbezaan metafora konsep yang pelbagai. Persamaan-persamaan dengan jumlah yang kecil berbanding perbezaan metafora konsep ini membuktikan kesejagatan metafora bukanlah dalam bentuk yang menyeluruh. Di samping itu, metafora konsep ini juga menambahkan lagi skema metaforikal haiwan sedia ada.


Download File

[img] Text
Metafora konsep MANUSIA IALAH HAIWAN dalam peribahasa melayu dan Perancis berkaitan metafora haiwan kesayangan.pdf

Download (31kB)
Official URL or Download Paper: https://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-3/

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.17576/jatma-2018-0603-02
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Keywords: Conceptual metaphors; PEOPLE ARE ANIMALS; Pets; Malay proverbs; French proverbs
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 07 Aug 2021 07:33
Last Modified: 07 Aug 2021 07:33
Altmetrics: http://www.altmetrics.com/details.php?domain=pasir.upm.edu.my&doi=10.17576/jatma-2018-0603-02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/74945
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item