UPM Institutional Repository

Makna penutur bagi ujaran tak langsung dalam skrip drama Bahasa Melayu


Citation

Zainal, Muhammad Zuhair and Musanif, Ahmad Mahmood and Mydin, Al-Amin (2018) Makna penutur bagi ujaran tak langsung dalam skrip drama Bahasa Melayu. Jurnal Komunikasi, 34 (2). 243 - 262. ISSN 2289-151X; ESSN: 2289-1528

Abstract

Ujaran yang terdapat dalam skrip drama Bahasa Melayu seringkali sukar untuk difahami maknanya secara jelas dan tepat.Pembaca dan pendengar berusaha untuk memahami keseluruhan ujaran yang terdapat dalam skrip drama, terutamanya ujaran yang mempunyai makna implisit,adakalanya usaha mereka tersebut gagal kerana tidak mengetahui kaedah yang betul bagi menginterpretasi makna penutur yang terdapat pada ujaran-ujaran tersebut.Oleh itu,kajian ini dijalankan bagi menjelaskan makna penutur bagi ujaran tak langsung yang terdapat dalam skrip drama.Kajian ini menggunakan pendekatan pragmatik.Data kajian merupakan enam ujaran terpilih yang terdapat dalam skrip drama hasil tulisan Usman Awang(1988),iaitu Bulan Tetap Bersinar dan Serunai Malam, juga skrip drama hasil tulisan Mustapha Kamil Yassin(1990), iaitu Bujur Lalu Melintang Patah,Atap Genting Atap Rumbia dan Jalan yang Benar.Teknik analisis dokumen digunakan untuk meneliti setiap ujaran yang terpilih.Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa makna penutur bagi ujaran tak langsung yang terdapat dalam skrip drama dapat ditafsirkan berdasarkan konteks dan niat penutur.Konteks tersebut ialah konteks fizikal dan persekitaran,konteks sosial dan budaya serta konteks linguistik.Selain itu,dapatan kajian menunjukkan bahawa pentafsiran makna penutur bagi ujaran tak langsung dapat dibahagikan kepada dua cara,aitu pertama; tafsiran berdasarkan konteks dan niat penutur. Kedua; tafsiran berdasarkan niat penutur sahaja. Kajian ini penting dijalankan bagi memberi panduan dan pendedahan kepada peminat drama Melayu untuk menginterpretasi makna penutur bagi ujaran-ujaran tak langsung yang terdapat dalam skrip drama berpandukan prinsip pragmatik.


Download File

[img]
Preview
Text
Makna penutur 1.pdf

Download (84kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/19802

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Universiti Putra Malaysia
DOI Number: https://doi.org/10.17576/JKMJC-2018-3402-15
Publisher: School of Media and Communication Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Indirect utterances; Speaker meaning; Context; Speaker’s intention; Pragmatics
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 14 Oct 2019 07:43
Last Modified: 14 Oct 2019 07:43
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/JKMJC-2018-3402-15
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/74880
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item