UPM Institutional Repository

Kualiti perkahwinan, keutuhan keluarga dan pencapaian anak di Sarawak


Citation

Arshat, Zarinah and Anak Pana, Cecelia (2018) Kualiti perkahwinan, keutuhan keluarga dan pencapaian anak di Sarawak. Journal of Advanced Research in Social and Behavioral Sciences, 11 (1). 145 - 153. ISSN 2462-1951

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan antara kualiti perkahwinan dan keutuhan keluarga dengan pencapaian anak di Sarawak. Seramai 127 orang ibu yang mempunyai anak berusia tujuh hingga sembilan tahun telah dipilih melalui teknik pensampelan berkelompok. Kualiti perkahwinan telah diukur dengan menggunakan Kansas Marital Satisfaction Scale dan keutuhan keluarga dinilai dengan menggunakan Australian Inventory of Family Strength. Kompetensi sosial dan estim diri anak telah diukur menggunakan Social Competence Scale dan Rosenberg Self-Esteem Scale. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden mempunyai kualiti perkahwinan dan keutuhan keluarga yang sederhana. Kebanyakan responden juga mempersepsikan bahawa anak mereka mempunyai tahap kompetensi sosial dan estim diri yang sederhana. Analisis data menunjukkan bahawa anak yang mempunyai tahap kompetensi sosial yang tinggi mempunyai ibu bapa yang bahagia dalam perkahwinan mereka. Hasil kajian memberi implikasi bahawa kualiti perkahwinan mempengaruhi kompetensi sosial anak.


Download File

[img] Text
Kualiti perkahwinan, keutuhan keluarga dan pencapaian anak di Sarawak .pdf

Download (9kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Penerbit Akademia Baru
Keywords: Marital quality; Family strength; Social competency; Self-esteem
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 07 Aug 2021 08:44
Last Modified: 07 Aug 2021 08:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/74808
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item