UPM Institutional Repository

Islam dalam persembahan dikir Al-Burdah oleh pertubuhan badan kesenian dan kebudayaan Kampung Sessang, Sarawak


Citation

Ismail, Noryamisma and Abdul Rani, Mohd. Zariat and Husin, Fazilah and Mohd Kiram, Norazlina (2018) Islam dalam persembahan dikir Al-Burdah oleh pertubuhan badan kesenian dan kebudayaan Kampung Sessang, Sarawak. Jurnal Melayu, 17 (2). 124 - 142. ISSN 1675-7513

Abstract

Kajian ini bertitik tolak daripada tanggapan umum yang menganggap bahawa Dikir Al-Burdah di Sarawak merupakan satu kegiatan seni persembahan yang berkaitan dengan Islam. Tanggapan ini terkandung dalam tulisan-tulisan awal yang rata-rata mengaitkan Dikir Al-Burdah dengan tradisi al-Qasidah al-Mimiyah oleh al-Busiri@al-Busairi, iaitu seorang ulama tasawuf di Mesir. Perkataan “burdah” itu juga turut dikaitkan dengan Rasulullah s.a.w. Tidak kurang penting ialah fokus tulisan-tulisan awal yang lebih membicarakan soal sejarah, latar belakang, bentuk serta fungsi persembahan Dikir Al-Burdah di Sarawak. Kecenderungan ini mengundang satu penelitian terhadap Dikir Al-Burdah di Sarawak khususnya soal kaitannya dengan Islam, selain mencatatkan kegiatan semasa Dikir Al-Burdah di Kampung Sessang, Sarawak. Justeru, kajian ini diusahakan untuk merealisasikan tiga objektif, iaitu mencatatkan kegiatan semasa Dikir Al-Burdah di Kampung Sessang, menganalisis lirik Dikir Al-Burdah menurut kerangka Formalisme, dan merumuskan soal perkaitan antara Dikir Al-Burdah di Sarawak dengan Islam. Kajian ini mengguna pakai pendekatan kualitatif, khususnya kaedah wawancara dan kaedah analisis isi kandungan. Hasil kajian mendapati kegiatan persembahan Dikir Al-Burdah di Kampung Sessang, Sarawak pada masa kini dijalankan secara aktif oleh Pertubuhan Badan Kesenian dan Kebudayaan yang ditubuhkan pada 2010. Pertubuhan ini turut mempersembahkan lagu dalam bahasa Melayu yang dinukilkan sendiri oleh ahli pertubuhan tersebut, antaranya bertajuk “Zikir Al-Burdah” dan “Pemimpin”. Analisis mendapati bahawa lirik lagu “Zikir Al-Burdah” mengutarakan mesej tentang kemuliaan para rasul, manakala lirik lagu “Pemimpin” mengutarakan mesej tentang peri pentingnya kepemimpinan yang adil. Kedua-dua mesej ini didapati sejajar dengan ajaran Islam.


Download File

[img] Text
Islam dalam persembahan dikir Al-Burdah oleh pertubuhan badan kesenian dan kebudayaan Kampung Sessang, Sarawak.pdf

Download (60kB)
Official URL or Download Paper: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/28659

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Dikir Al-Burdah; Islam; Kampung Sessang; Pertubuhan Keseniaan dan Kebudayaan (Organization of Art and Culture); Performing arts
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 07 Aug 2021 08:36
Last Modified: 07 Aug 2021 08:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/74751
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item