UPM Institutional Repository

Implikasi hubungan diplomatik terhadap kerajaan Melaka dan Kedah berdasarkan naskhah Melayu tradisional


Citation

Noor Muhammad, Salmah Jan (2018) Implikasi hubungan diplomatik terhadap kerajaan Melaka dan Kedah berdasarkan naskhah Melayu tradisional. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (2). 99 - 108. ISSN 2289-1706; ESSN: 2289-4268

Abstract

Hubungan diplomatik yang terjalin antara kedua-dua buah atau lebih kerajaan merupakan hasil persetujuan bersama untuk mencari kata sepakat bagi mengukuhkan pertahanan dalam pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan. Pemerintah kerajaan sama ada kerajaan baharu ditubuhkan mahupun kerajaan yang merasakan terancam akan menawarkan hubungan diplomatiknya dengan kerajaan di kawasan persekitaran yang lebih kuat dan mantap pertahanannya. Oleh itu, sekiranya sesebuah kerajaan tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan kerajaan lain, kebarangkalian, kerajaan tersebut tidak mencapai kemajuan dan tidak dikenali di sekitarnya. Justeru, dengan adanya hubungan diplomatik, kerajaan-kerajaan tersebut akan memperoleh kebaikan yang banyak daripada pelbagai sudut. Justeru, kajian ini akan memfokuskan implikasi hubungan diplomatik terhadap kerajaan Melaka dan Kedah sebagai kerajaan tertua dan terkenal di Nusantara sebagai perbincangan utama dengan mengambil peristiwa yang terdapat dalam naskhah Melayu tradisional seperti Sulalat al-Salatin, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Jangkaan kajian menunjukkan bahawa implikasi hubungan diplomatik tersebut akan dapat dilihat dengan penambahbaikan aspek politik, sosiobudaya, ekonomi dan agama.


Download File

[img]
Preview
Text
Implikasi hubungan diplomatik terhadap kerajaan Melaka dan Kedah berdasarkan naskhah Melayu tradisional.pdf

Download (9kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Institute of the Malay World and Civilisation, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Implication; Diplomatic; Malacca; Kedah; Malay manuscripts
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 28 Nov 2019 02:17
Last Modified: 28 Nov 2019 02:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/74593
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item