UPM Institutional Repository

Tuanku Canselor Anugerah 11 Pegawai Kadet Terbaik PALAPES UPM


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Tuanku Canselor Anugerah 11 Pegawai Kadet Terbaik PALAPES UPM. [UPM News]

Abstract

PUTRAJAYA, 19 Jun – Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan anugerah terbaik kepada 11 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UPM pada Majlis Santapan Malam Rejimental 2010. Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan (kategori Tentera Darat) dianugerahkan kepada Lt. Muda Mohd Faizan Zolkifli dan Pegawai Kadet Kanan Terbaik Keseluruhan (kategori Tentera Laut), Lt. Muda Norashikin Anjur. Bagi kategori Tentera Darat, Pegawai Kadet Lelaki Terbaik ialah Lt. Muda Yuslan Yusoff; Pegawai Kadet Terbaik Wanita Terbaik, Lt. Muda Siti Khairiyah Hussin; Pegawai Kadet Akademik Terbaik, Lt. Muda Siti Norafidah Mahussin; Pegawai Kadet Pengajian Tentera Terbaik, Lt. Muda Mohd Hafizan Md Yusop; Penembak Terbaik, Lt. Muda Mohammad Fakhri Hanif Johari dan Pegawai Kadet Kawat Terbaik, Lt. Muda Mohd Zuriman Zakaria. Untuk kategori Tentera Laut, Pegawai Kadet Kanan Lelaki Terbaik ialah Lt. Muda Veillinrin Suresh Savunthi Pandiyan; Pegawai Kadet Kanan Wanita Terbaik, Lt. Muda Siti Asmida Md Rahim dan Pegawai Kadet Kanan Akademik Terbak, Lt. Muda Tea Boon Chian. Malam Rejimental merupakan majlis tahunan sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES UPM Ambilan Ke-29 (Darat) dan Ambilan Ke-4 (Laut) yang berjaya menjalani latihan ketenteraan. Pada majlis itu, Majalah Gempur Edisi Ke-18 sesi 2009/2010 yang memaparkan profil dan aktiviti tahunan PALAPES UPM turut dilancarkan oleh Baginda. Sementara itu, Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berharap pegawai muda PALAPES UPM memberikan contoh kepimpinan terbaik dalam tentera bagi meningkatkan kredibiliti graduan UPM. “Jadikan diri anda sebagai contoh teladan sebagai yang terbaik terhadap kesejahteraan masyarakat dan negara,” katanya. Terdahulu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenaan mentauliahkan seramai 70 pegawai kadet PALAPES UPM bagi kategori Tentera Darat dan kategori Tentera Laut di Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini.


Download File

[img]
Preview
PDF
PALAPES_UPM.pdf

Download (97kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 02 Jul 2010 04:36
Last Modified: 27 May 2013 07:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7453
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item