UPM Institutional Repository

Halangan penguasaan kemahiran mendengar bahasa Arab sebagai bahasa asing


Citation

Sulaiman, Sumaiyah and Mustapha, Nik Farhan and Toklubok @ Hajimaming, Pabiyah and Wan Sulong, Wan Muhammad (2018) Halangan penguasaan kemahiran mendengar bahasa Arab sebagai bahasa asing. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization, 2 (1). pp. 1-14. ISSN 2600-769X

Abstract

Penguasaan kemahiran mendengar sukar dikuasai kerana sering berhadapan dengan beberapa halangan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka apakah bentuk halangan bagi pelajar menguasai kemahiran mendengar bahasa Arab dalam kalangan siswa pendidik di sebuah Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Kajian ini merupakan satu kajian kes di sebuah Institut Pendidikan Guru di negeri Selangor.Data dikumpul melalui temubual separa-berstruktur dalam bahasa Arab dengan enam orang (n=6)pelajar yang dipilih secara purposive sampling. Data temubual dianalisis menggunakan perisian ATLAS.t i untuk mengenalpasti tema-tema yang muncul.Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua faktor utama halangan terhadap kemahiran mendengar iaitu luaran dan dalaman. Faktor luaran ialah yang berkaitan dengan perkataan, kelajuan penutur, teks yang didengar, kekurangan bahan bantubelajar dan gangguan luar. Manakala faktor dalaman ialah yang berkaitan dengan individu seperti sikapyang negatif, mudah hilang tumpuan dan mengambil masa yang lama untuk faham. Dapatan utama kajian mendapati wujud beberapa masalah dalam aspek penguasaan kemahiran mendengar dalam bahasa Arab.Oleh yang demikian, adalah disarankan siswa pendidik didedahkan dengan kepentingan penggunaan strategi kemahiran mendengar dan mengaplikasikannya bagi membantu meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar bahasa Arab mereka. Selain itu, aktiviti kemahiran mendengar dalam kelas juga perlu dipelbagaikan dengan mengambil kira kesesuaian tahap pelajar.


Download File

[img] Text
Halangan penguasaan kemahiran mendengar bahasa Arab sebagai bahasa asing .pdf

Download (10kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Obstacles; Listening skill; Mastering Arabic language; Foreign language
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 07 Aug 2021 09:13
Last Modified: 07 Aug 2021 09:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/74487
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item