UPM Institutional Repository

Seni persembahan Dikir Al-Burdah oleh Pertubuhan An-Nur, Kampung Melango Baru, Saratok, Sarawak


Citation

Ismail, Noryamisma and Abdul Rani, Mohd. Zariat and Husin, Fazilah and Mohd Kiram, Norazlina (2018) Seni persembahan Dikir Al-Burdah oleh Pertubuhan An-Nur, Kampung Melango Baru, Saratok, Sarawak. Journal of Borneo-Kalimantan, 4 (2). 15 - 28. ISSN 2289-2583

Abstract

Kajian ini bertitik tolak daripada pengamatan terhadap korpus ilmiah yang cenderung mengaitkan Dikir Al-Burdah di Sarawak dengan Islam. Dalam konteks perkaitan ini, kajian ini turut mendapati bahawa kegiatan Dikir Al-Burdah yang dijalankan di Kampung Melango Baru, Daerah Saratok, Sarawak sehingga kini dan sepanjang yang diketahui, masih belum lagi diteliti serta dicatatkan secara ilmiah. Dengan latar belakang ini, kajian ini diusahakan bagi merealisasikan tiga objektif. Pertama, mencatatkan perkembangan semasa dalam kegiatan Dikir Al-Burdah di Kampung Melango Baru, Daerah Saratok, Sarawak. Kedua, menganalisis tema dalam lirik lagu Dikir Al-Burdah. Ketiga, merumuskan soal kesejajaran antara Dikir Al-Burdah di Sarawak dengan Islam. Kajian ini mengguna pakai pendekatan kualitatif secara khusus iaitu kaedah wawancara dan kaedah analisis isi kandungan. Pengamatan mendapati bahawa kegiatan Dikir Al-Burdah di Kampung Melango Baru, Daerah Saratok, Sarawak yang pada masa kini giat dijalankan oleh Pertubuhan An-Nur. Analisis mendapati bahawa lirik lagu Dikir Al-Burdah yang dikaji menggarap tema kewajiban solat dan tema taubat. Kedua-dua tema ini didapati seiring dengan ajaran Islam sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Dengan dapatan-dapatan ini, kajian ini merumuskan bahawa seni persembahan Dikir Al-Burdah di Sarawak yang dikaji menyerlahkan ciri-ciri keislaman.


Download File

[img] Text
Seni Persembahan Dikir Al-Burdah oleh Pertubuhan An-Nur, Kampung Melango Baru, Saratok, Sarawak.pdf

Download (16kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.33736/jbk.1153.2018
Publisher: UNIMAS Publisher
Keywords: Islam; Performing arts; Dikir Ar-Burdah; An-Nur Organization; Kampung Melango Baru, Daerah Saratok, Sarawak
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 02 Mar 2022 08:56
Last Modified: 02 Mar 2022 08:56
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.33736/jbk.1153.2018
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/73861
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item