UPM Institutional Repository

Respons ahli PAS terhadap pilihan raya dan kerjasama politik


Citation

Mohd Isa, Nur Ayuni and Ahmad, Zaid and Talib, Ahmad Tarmizi (2018) Respons ahli PAS terhadap pilihan raya dan kerjasama politik. Journal Manu, 28. 77 - 90. ISSN 1511-1989; ESSN: 2590-4086

Abstract

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah menyertai kesemua pilihan raya, iaitu sejak tahun 1955 sehingga kini dan merupakan parti pembangkang yang paling lama di Malaysia. PAS telah menjalinkan kerjasama politik sebanyak lima kali dengan pelbagai parti bermula pada tahun 1974–2016. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji respons ahli PAS terhadap pilihan raya dan kerjasama politik yang disertai oleh PAS. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan juga kuantitatif. Bagi pemerolehan data kualitatif, pengkaji menggunakan dokumen-dokumen rasmi PAS seperti teks-teks ucapan dasar dalam mesyuarat agung (muktamar) tahunan dan khas PAS, dokumen rasmi PAS dan manifesto PAS. Pengumpulan data kuantitatif pula adalah melalui survei menggunakan borang soal selidik yang dilaksanakan ketika perhimpunan Mesyuarat Agung (Muktamar) Tahunan PAS ke-63 (2017). Kajian ini melibatkan 253 responden yang terdiri daripada ahli PAS sahaja. Analisis data menunjukkan bahawa majoriti responden, iaitu lebih 90 peratus bersetuju PAS menyertai pilihan raya sebagai alat untuk mencapai tujuan, matlamat dan perlembagaan parti. Bagi kerjasama politik atau tahaluf siyasi pula majoriti responden, iaitu lebih 90 peratus merasakan ia sebagai satu keperluan untuk merealisasikan cita-cita Islam. Hasil kajian ini memberi gambaran umum dengan bukti empirikal bahawa respons ahli PAS terhadap pilihan raya dan juga kerjasama politik adalah seiring dengan ideologi perjuangan PAS.


Download File

[img] Text
Respons ahli PAS.pdf

Download (81kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.51200/manu.v0i0.1584
Publisher: Universiti Malaysia Sabah
Keywords: Election; political coalition; political ideology; PAS
Depositing User: Ms. Nida Hidayati Ghazali
Date Deposited: 02 Mar 2022 07:56
Last Modified: 02 Mar 2022 08:07
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.51200/manu.v0i0.1584
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/73776
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item