Citation
Wan Muhamad Fauzan, Wan Muhammad Afiq and Said Husain, Sharifah Kartini
(2018)
Geometri dalam Tarian Zapin.
Asian Journal of Environment, History and Heritage, 2 (2).
331 - 342.
ISSN 2590-4213; ESSN: 2590-4310
Abstract
Etnomatematik bermaksud matematik yang lahir berdasarkan budaya dan sistem nilai sesuatu etnik. Etnomatematik Melayu pula ialah matematik tinggalan tamadun Melayu yang diajar, diucap, diujar, ditulis, dipakai dan dibina dalam bahasa dan mengikut nilai Melayu. Oleh itu, kajian etnomathematik merupakan bidang kajian yang melibatkan penggunaan matematik dalam sesuatu budaya atau bangsa. Dalam budaya Melayu terdapat banyak unsur etnomatematik yang tidak diketahui oleh kebanyakan masyarakat seperti dalam seni bina, seni pertukangan, seni kraf tangan, seni tari, seni muzik, seni suara, seni pertahanan diri, seni pertukangan besi dan seumpamanya. Dengan mendalami seni dan budaya sesuatu bangsa, kita dapat memahami dan menghargai perbezaan antara kita. Fokus utama makalah ini adalah untuk mengkaji kewujudan geometri dalam Tarian Tradisional Melayu, khususnya Tarian Zapin. Pergerakan langkah tapak kaki yang berulang dalam tarian menghasilkan pelbagai geometri. Kajian ini ingin melihat apakah bentuk-bentuk geometri yang terhasil dan perkaitannya dengan jenis-jenis Tarian Zapin.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |