UPM Institutional Repository

Mari kenal ilmu tafsir


Citation

Othman, Mohd Sukki (2018) Mari kenal ilmu tafsir. Rimbunan Islamik Media, Kuala Lumpur. ISBN 9789671502365

Abstract

Buku ini membincangkan tajuk-tajuk berkaitan pengenalan dalam ilmu tafsir yang sewajarnya diketahui oleh para penuntut ilmu dan juga orang yang ingin mendalami ilmu tafsir al-Quran. Kupasan yang dibuat dalam buku ini lebih kepada perbahasan secara asas yang perlu diketahui oleh masyarakat Islam tentang ilmu tafsirbagi membantu mereka memahami ayat-ayat al-Quran dengan lebih berkesan. Pendekatan seumpama ini dirasakan lebih sesuai untuk mendekati kalangan pembaca yang rata-rata tidak mendalami bidang pengajian Islam termasuk juga mereka yang ingin memahami bidang ilmu tafsir dengan lebih mendalam. Selain itu, kupasan dan penjelasan yang dibuat berasaskan tradisi keilmuan Islam berpandukan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber dan rujukan utama. Tafsiran-tafsiran ini digarap daripada kitab-kitab tafsir yang muktabar serta kitab-kitab lain yang berkaitan dengan isu yang diketengahkan selain memperkenalkan kitab-kitab tafsir yang perlu diketahui oleh para penuntut ilmu seperti Tafsir al-Tabari, Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Fi Zilal al-Quran, Tafsir al-Azhar, Tafsir al-Manar dan banyak lagi.


Download File

[img] Text
mari kenal ilmu tafsir.pdf

Download (125kB)

Additional Metadata

Item Type: Book
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Rimbunan Islamik Media
Keywords: Quran interpretations; Quran
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 03 Feb 2020 04:08
Last Modified: 03 Feb 2020 04:08
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71590
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item