UPM Institutional Repository

Ilmu diplomatik Melayu dalam kesusateraan Melayu tradisional


Citation

Noor Muhammad, Salmah Jan (2018) Ilmu diplomatik Melayu dalam kesusateraan Melayu tradisional. Universiti Putra Malaysia Press, Serdang, Selangor. ISBN 9789673447459

Abstract

Buku ini merupakan sebuah penerbitan yang mengisahkan kemajuan keintelektualan hubungan diplomatik pada zaman pemerintahan kesultanan Melayu dalam mengaplikasikan pelbagai strategi untuk menubuhkan perhubungan dan komunikasi antara kerajaan, yang diterjemahkan menerusi peristiwa dalam naskhah Melayu. Kemajuan keintelektualan itu meliputi gabungan pemikiran atau epistemologi pemerintah dan pembesar dalam sesebuah pentadbiran untuk mencipta atau membentuk, menyusun, menguruskan, dan mengawal jalinan perhubungan dengan kerajaan lain. Selain itu, ilmu ini juga mengetengahkan beberapa strategi dengan menggunakan mekanisme daya fikir, akal budi, dan juga bahan-bahan fizikal dalam mengukuhkan kedaulatan raja, mempertahankan tanah air dan meluaskan pengaruh dengan cara mewujudkan suatu hubungan baru dengan kerajaan lain daripada aspek politik, ekonomi, budaya, dan sosial. Dengan kata lain, ilmu ini terbentuk adalah bertujuan untuk melindungi sesebuah negara atau kerajaan daripada ancaman musuh luar bagi memelihara kebajikan dan keselamatan para penduduknya, di samping menggunakan strategi diplomatik untuk meluaskan pengaruhnya dalam bentuk pengukuhan kedudukan, peninggian imej, dan prestij sesebuah kerajaan.


Download File

[img] Text
ilmu-diplomatik.pdf

Download (302kB)

Additional Metadata

Item Type: Book
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: International relation; Malay literature; International relation in literature
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 13 Jan 2020 02:30
Last Modified: 13 Jan 2020 02:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71537
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item