UPM Institutional Repository

Implikatur dalam filem patriotik


Citation

Hasan, Norhidayu (2018) Implikatur dalam filem patriotik. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Implikatur dijelaskan sebagai penggunaan ujaran yang mengandungi makna tersirat. Implikatur terhasil apabila ujaran melanggar Prinsip Kerjasama Grice dan perlu dianalisis berdasarkan konteks untuk mendapatkan makna sebenar ujaran. Dalam kajian ini penyelidik telah menyenaraikan tiga objektif kajian iaitu mengenal pasti penggunaan implikatur dalam filem patriotik, menganalisis makna implikatur dalam filem patriotik berdasarkan Teori Relevans, dan menghuraikan tujuan penggunaan implikatur dalam dialog filem patriotik. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan pustaka dan analisis teks. Sebanyak sembilan buah filem patriotik iaitu filem Sarjan Hassan (1958), Bukit Kepong (1981), Darah Satria (1983), Leftenan Adnan (2000), Embun (2002), Paloh (2003), 1957 Hati Malaya (2007), Tanda Putera (2013), dan Bravo 5 (2015) dijadikan bahan kajian. Pengkaji menyalin semula dialog dari filem yang dipilih bersumberkan cakera padat. Namun, hanya dialog yang mengandungi implikatur dijadikan data kajian. Ujaran dialog berimplikatur yang dianggap mempunyai makna tersirat, sesuai untuk dianalisis berdasarkan teori serta menepati objektif kajian dijadikan data kajian. Pemilihan petikan dialog dari filem patriotik adalah berdasarkan karya yang bermutu kerana filem yang dipilih pernah tercalon dan memenangi anugerah Festival Filem Malaysia, Festival Filem Antarabangsa dan Festival Filem Asia Pasifik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat penggunaan implikatur dalam dialog filem patriotik berdasarkan penelitian terhadap ujaran yang melanggar Maksim Kerjasama Grice dan menepati ciri implikatur itu sendiri seperti yang telah digariskan oleh ahli pragmatik sebelum ini. Hasil kajian juga mendapati bahawa penekanan konteks, kesan konteks dan usaha memproses penting bagi membantu dalam interprestasi makna implikatur. Penerapan Teori Relevans bukan sahaja dapat membantu dalam menginterprestasi makna ujaran malah dapat menunjukkan niat atau tujuan implikatur tersebut. Analisis makna implikatur ini dapat menjelaskan tujuan penggunaan implikatur dalam dialog yang terpilih. Penggunaan implikatur secara tidak langsung dapat mempamerkan nilai keintelektualan penutur dalam komunikasi.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2018 21 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Pragmatics - Research
Subject: Linguistics
Call Number: FBMK 2018 21
Chairman Supervisor: Profesor Madya Zaitul Azma Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 10 Sep 2019 06:13
Last Modified: 10 Sep 2019 06:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71133
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item