UPM Institutional Repository

UPM Menang Malaysia Independence Award


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM Menang Malaysia Independence Award. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 24 November - Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi anugerah 2nd Malaysia Independence Award 1957 @ Anugerah Merdeka bagi kategori Malaysia’s Prominent Products & Services. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata UPM dipilih berdasarkan kecemerlangan universiti itu menawarkan perkhidmatan pendidikan dan mempamerkan kelestarian memperkukuhkan penjenamaannya. Majlis yang masuk tahun kedua itu menyaksikan 19 wakil industri menerima anugerah untuk 9 kategori, antaranya Anugerah Malaysia’s Prominent Brand yang dimenangi oleh Kuala Lumpur Convention Centre dan Zhulian serta Anugerah Malaysia’s A-Class Company yang dimenangi oleh Subur Tiasa Holdings Berhad. UPM merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi yang terpilih menerima anugerah pada majlis itu. Penyampaian trofi dan sijil penghargaan disampaikan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Russia, Lyudmilla Vorobieva pada majlis yang diadakan di Hotel Istana. Beliau dalam ucapannya berharap anugerah itu akan menggalakkan persaingan sihat antara industri dan sektor korporat menawarkan perkhidmatan dan produk yang cemerlang sekaligus menyumbang kepada kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Salleh dan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Tai Shzee Yew.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_Menang_Malaysia_Independence_Award.pdf

Download (77kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Norhazura Hamzah
Date Deposited: 09 Jun 2010 03:09
Last Modified: 27 May 2013 07:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7108
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item