UPM Institutional Repository

Penggunaan kosa kata dalam buku teks bahasa Arab sekolah rendah


Citation

Ramli, Mohd Khairil Hanif (2015) Penggunaan kosa kata dalam buku teks bahasa Arab sekolah rendah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kosa kata memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesuatu proses pembelajaran dalam kalangan pelajar. Oleh yang demikian, meletak kosa kata yang sesuai dalam bahan sokongan belajar seperti buku teks adalah sangat mustahak dan perlu diberi perhatian. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti asas pemilihan kosa kata dalam pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini juga bertujuan menganalisis kesesuaian kosa kata dalam buku teks tahun satu, dua, tiga dan empat dengan tahap pelajar dan juga menghuraikan tahap penguasaan kosa kata dalam kalangan pelajar tahun enam. Berdasarkan kaedah kajian kepustakaan, pengkaji telah mengenal pasti asas pemilihan kosa kata berdasarkan teori yang dikemukakan oleh para sarjana pendidikan bahasa. Kajian ini juga berasaskan kaedah analisis kandungan bagi menganalisis kosa kata dalam buku teks. Hasil daripada penelitian tersebut pengkaji mendapati bahawa terdapat pertambahan bilangan kosa kata secara berperingkat pada setiap buku. Namun begitu penambahan kosa kata berlaku secara tidak konsisten apabila buku tahun empat menunjukkan peningkatan jumlah bilangan perkataan yang begitu banyak, iaitu berjumlah 335 patah perkataan berbanding jumlah perkataan dalam buku tahun tiga yang berjumlah 184 patah perkataan, buku tahun dua berjumlah 176 patah perkataan dan buku tahun satu berjumlah 131 patah perkataan. Analisis jenis kosa kata menunjukkan bahawa sebahagian besar kosa kata dalam buku teks tersebut adalah terdiri daripada golongan kata nama. Manakala analisis tahap senang dan sukar kosa kata pula menunjukkan bahawa kebanyakan bentuk kosa kata adalah terdiri daripada kosa kata pendek dan mudah. Hasil analisis terhadap kata pinjaman Arab dalam empat buah buku tersebut menunjukkan bahawa peratusan kata pinjaman Arab semakin berkurangan daripada satu buku ke buku yang lain. Analisis kata nama konkrit dan abstrak menunjukkan bahawa jumlah kata nama konkrit melebihi jumlah kata nama abstrak. Hasil analisis terhadap kekerapan kosa kata pula menunjukkan bahawa pengulangan perkataan dalam buku teks bahasa Arab tersebut adalah berada ditahap minima. Akhir sekali, pengkaji menggunakan kaedah kajian lapangan bagi menghuraikan tahap penguasaan kosa kata dalam kalangan murid tahun enam. Responden merupakan 150 orang murid daripada lima buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Hasil kajian yang dijalankan ini menunjukkan bahawa sebanyak 76.67 peratus murid telah melepasi ujian yang dijalankan. Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat sama ada dalam kalangan pelajar, guru, penggubal kurikulum, penulis buku teks dan sebagainya.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2015 98 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Arabic language - Syntax
Subject: Arabic language - Education, Elementary
Subject: Arabic language - Semantics
Call Number: FBMK 2015 98
Chairman Supervisor: Ab. Halim bin Mohamad, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 12 Nov 2019 07:58
Last Modified: 12 Nov 2019 07:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71049
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item