UPM Institutional Repository

Kata bilangan bahasa Melayu dan bahasa Thai dari sudut analisis kontrastif dan kesilapan


Citation

Mohamed Razak, Mohamed Ramdhan (2015) Kata bilangan bahasa Melayu dan bahasa Thai dari sudut analisis kontrastif dan kesilapan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penggunaan kata bilangan adalah meluas dalam kalangan masyarakat di dunia ini, tidak kira pada zaman dahulu atau kini. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai kata bilangannya yang berbeza. Sebagai contoh bahasa Melayu mempunyai perbezaan dengan Bahasa Thai kerana bahasa Melayu berasal daripada rumpun Melayu-Polinesia manakala bahasa Thai berasal dari rumpun Sino-Tibet. Perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua bahasa ini akan menjejaskan proses pembelajaran bahasa Thai sebagai bahasa asing di Malaysia. Pelajar sering melakukan kesalahan dan kesilapan dalam aktiviti lisan dan tulisan dalam menghasilkan kata bilangan dan penggunaannya dengan betul. Justeru, objektif kajian ini adalah mengenal pasti persamaan dan perbezaan pembentukan kata bilangan bahasa Melayu dengan bahasa Thai, mengenal pasti jenis kesilapan pembentukan kata bilangan oleh pelajar yang mempelajari bahasa Thai sebagai bahasa Asing di Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Kebangsaan Malaysia dan menentukan punca kesilapan dalam pembentukan kata bilangan dalam kalangan pelajar yang mempelajari bahasa Thai di Universiti Putra Malaysia Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Untuk mencapai objektif kajian ini, penyelidik menggunakan teori analisis kontrastif dan analisis kesilapan. Sampel kajian adalah terdiri daripada 20 orang pelajar UPM, 27 orang pelajar UMK dan 16 orang pelajar UKM yang mempelajari bahasa Thai pada tahap satu hingga tahap tiga di tiga Institusi yang dipilih. Hasil dapatan mendapati terdapat persamaan dan perbezaan dalam pembentukan kata bilangan bahasa Melayu dan bahasa Thai. Perbezaan yang terdapat dalam kata bilangan ini telah menyebabkan para pelajar keliru dalam menghasilkan kata bilangan yang betul dan telah menyumbangkan kepada kesilapan seperti kesilapan dalam pemilihan perkataan, kesilapan dalam pengguguran perkataan, kesilapan dalam penambahan perkataan dan kesilapan dalam penyusunan perkataan. Berdasarkan kesilapan yang telah dilakukan oleh para pelajar, pengkaji dapat menentukan punca yang menyebabkan kesilapan tersebut berlaku. Kajian ini dijangka dapat menyumbang input berhubung pembentukan kata bilangan kepada para pelajar, dan seterusnya dapat membantu mereka untuk meningkatkan lagi penguasaan dalam pembentukan kata bilangan serta mampu bersaing di arus global ini.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2015 97 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Numerals
Subject: Thai language - Numerals
Call Number: FBMK 2015 97
Chairman Supervisor: Norizan Che Su, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 12 Nov 2019 07:57
Last Modified: 12 Nov 2019 07:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71044
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item