Citation
Mohamad Yusoff, Mohamad Fitri
(2015)
Wacana muamalat dalam kerangka sistem ekonomi konvensional.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Perkembangan muamalat dalam kerangka sistem ekonomi konvensional telah membuahkan praktis sosial tersendiri memandangkan muamalat merupakan risalah Allah yang perlu dipatuhi oleh umat Islam. Perbahasan terhadap keperluan umat Islam kembali kepada sistem muamalat amat rancak dilakukan, namun penelitian terhadap wacana muamalat masih belum dilakukan secara kritis bagi mengenal pasti praktis sosial muamalat dan cara wacana muamalat memperteguh praktis sosial tersebut.
Justeru kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti praktis sosial wacana muamalat yang dimanfaatkan dalam kerangka sistem ekonomi konvensional, serta melihat pengaruh praktis sosial tersebut terhadap ciri tekstual dan praktis wacana muamalat. Kajian ini juga bertujuan merumus pertalian dialektikal antara praktis sosial dengan ciri tekstual dan praktis wacana muamalat. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan Analisis Wacana Kirtis (AWK) Fairclough. Sebanyak 3 buah Teks Penyataan Pengerusi dan 4 buah Teks Ulasan Operasi Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang dikumpul dari tahun 2009 hingga tahun 2012 dijadikan sebagai bahan kajian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa praktis sosial yang dimanfaatkan dalam wacana muamalat adalah Ihsan. Praktis sosial ini mempengaruhi ciri leksikal yang menyaksikan kata/istilah Melayu bukan lazim, kata/istilah Arab tulen, kata/istilah gabungan Melayu-Arab, kata/istilah Inggeris dan kata/istilah gabungan Melayu-Inggeris digunakan dalam teks wacana muamalat berbahasa Melayu. Praktis sosial tersebut juga mempengaruhi praktis wacana muamalat khususnya dari aspek intertekstualiti dan interdiskursiviti. Hal ini terbukti apabila penyisipan unsur metawacana secara eksplisit lebih ketara berbanding elemen intertekstualiti yang lain. Sementara elemen interdiskursiviti menunjukkan wacana diskripsi lebih kerap digunakan berbanding jenis wacana yang lain. Kajian ini juga mendapati bahawa AWK berjaya membongkar pertalian dialektikal antara praktis sosial muamalat (Ihsan) dengan ciri tekstual (leksikal) dan praktis wacana (intertekstualiti dan interdiskursiviti).
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |