Simple Search:

Aplikasi teknik permainan bahasa terhadap penguasaan kosa kata aktif Arab dalam kalangan murid sekolah rendah


Citation

Abdul Wahab, Azmani (2015) Aplikasi teknik permainan bahasa terhadap penguasaan kosa kata aktif Arab dalam kalangan murid sekolah rendah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Penguasaan kosa kata aktif adalah elemen utama dalam menentukan pemerolehan sesuatu bahasa. Dalam konteks pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing, penggunaan kosa kata aktif yang lebih kerap membolehkan murid mampu memahami dan menggunakannya dalam setiap aktiviti di bilik darjah. Namun begitu, kajian mendapati terdapat kemerosotan dalam kalangan murid sekolah rendah pada hari dalam menguasai kosa kata tersebut. Dalam hal ini, sarjana bahasa mencadangkan penggunaan teknik permainan bahasa sebagai satu medium bagi meningkatkan tahap penguasaan kosa kata. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap penguasaan kosa kata aktif Arab antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum menggunakan teknik permainan bahasa, membandingkan tahap penguasan kumpulan eksperimen sebelum dan selepas menggunakan teknik permainan bahasa, dan menentukan perbezaan pencapaian kedua-dua kumpulan terhadap penguasaan kosa kata aktif Arab selepas menggunakan teknik tersebut. Kajian ini berbentuk kuasi-eksperimental dengan reka bentuk ujian pra-pasca. Responden yang dipilih adalah seramai 40 orang murid tahun lima yang dibahagikan kepada (2) kumpulan; iaitu kumpulan eksperimen seramai 20 orang dan kumpulan kawalan juga seramai 20 orang. Set ujian pra dan ujian pasca digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data kajian, seterusnya dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan program SPSS versi 20.Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan kosa kata aktif Arab sebelum rawatan dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Namun demikian, dapatan kedua menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian murid kumpulan eksperimen sebelum dan selepas rawatan dengan perbezaan nilai min -6.35 walaupun perbandingan pencapaian kedua-dua kumpulan selepas rawatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penguasaan kosa kata aktif Arab. Selain itu, hasil kajian turut mendapati teknik permainan bahasa yang diaplikasi mampu meningkatkan tahap kefahaman dan ingatan makna perkataan murid tetapi kurang membantu dari segi penggunaan partikel dan juga mengingati ejaan kosa kata. Justeru itu, teknik ini efektif dan sewajarnya diaplikasi dalam pembelajaran bahasa khususnya dalam aspek penguasaan kosa kata aktif Arab yang memerlukan kekerapan pengggunaan yang berterusan dalam bilik darjah.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2015 87 IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Arabic language - Vocabulary
Call Number: FBMK 2015 87
Chairman Supervisor: Nik Farhan Mustapha, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 12 Nov 2019 15:48
Last Modified: 12 Nov 2019 15:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70984
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item