Simple Search:

Perbandingan aspek fonologi dan leksikal bahasa Orang Asli Semelai dengan bahasa Melayu untuk pelestariannya


Citation

Azmi, Aida Rohayu (2015) Perbandingan aspek fonologi dan leksikal bahasa Orang Asli Semelai dengan bahasa Melayu untuk pelestariannya. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Masyarakat orang asli terbahagi kepada tiga kelompok yang utama iaitu, kelompok Melayu-Proto, Senoi dan Negrito.Kelompok Senoi merupakan kelompok orang asli yang terbesar, diikuti oleh kelompok Melayu-Proto dan kelompok Negrito.Setiap kelompok orang asli tersebut pula terbahagi kepada suku-suku kaum tertentu.Kaum Semelai kini berjumlah sekitar 1,260 orang yang melibatkan 238 keluarga.Taburan petempatan Orang Asli Semelai terdapat di Pahang Tengah seperti di Tasik Bera, Sg. Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak serta di sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan seperti di Sg. Serting, Sg. Lui dan Ulu Muar. Namun, kajian ini hanya akan memberi tumpuan kepada suku Semelai yang tergolong di dalam kelompok Melayu-Proto iaitu di Kampung Bukit Gemuruh, Bera, Pahang. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mendokumentasikan bahasa Orang Asli Semelai di mana pendokumentasian ini melibatkan leksikon bahasa Semelai termasuklah menjelaskan sistem bunyi iaitu ciri-ciri fonologi bahasa tersebut berpandukan Senarai Swadesh (Swadesh List). Kaedah kajian lapangan digunakan untuk mendapatkan data-data daripada informan yang dipilih berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.Kajian ini juga banyak bergantung kepada pemerhatian, penghuraian dan penilaian secara kualitatif.Kajian ini dilakukan berteraskan tiga objektif utama iaitu objektif yang pertama menjelaskan aspek fonologi dan leksikal bahasa Semelai, mencerakinkan kekerabatan bahasa Semelai dan bahasa Melayu dan objektif terakhir iaitu menilai tahap bahasa Semelai berdasarkan gejala penggunaan bahasa tersebut. Data-data yang telah diperolehi daripada informan akan dikodkan mengikut ejaan dan sebutan yang betul seperti dalam sistem IPA (International Phonetic Alphabet) dan menggunakan Teori Analisis Kontrastif sebagai panduan. Kajian pendokumentasian bahasa Semelai ini penting kerana bahasa ini berstatus minoriti dan sangat terdedah kepada ancaman kepupusan.Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa bahasa Semelai masih digunakan dan dikuasai dengan baik oleh seluruh generasi masyarakat tersebut.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2015 80 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Linguistic minorities
Subject: Phonetics
Call Number: FBMK 2015 80
Chairman Supervisor: Mohd Sharifudin Bin Yusop, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 12 Nov 2019 15:41
Last Modified: 12 Nov 2019 15:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70954
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item