UPM Institutional Repository

UCAPAN TAHNIAH KEPADA NAIB CANSELOR


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UCAPAN TAHNIAH KEPADA NAIB CANSELOR. [UPM News]

Abstract

Seluruh warga Universiti Putra Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Canselor UPM, kerana dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri. Darjah Panglima Setia Mahkota tersebut dianugerahkan kepada YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 5 Jun 2010, bersamaan 22 Jamadilakhir 1431H. YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah pernah dianugerahkan Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran Dato’ oleh DYMM Sultan Selangor pada 11 Disember 2006, Ahli yang Kedua (Dato’ Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) oleh DYMM Sultan Kelantan pada 1 April 2007 dan dianugerahkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Agong pada 2 Jun 2007.


Download File

[img]
Preview
PDF
UCAPAN_TAHNIAH_KEPADA_NAIB_CANSELOR.pdf

Download (43kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 07 Jun 2010 08:36
Last Modified: 27 May 2013 07:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7076
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item