UPM Institutional Repository

Hubungan antara penerimaan dan penggunaan media sosial dengan gaya pembelajaran dalam kalangan murid sekolah menengah daerah Gombak


Citation

Mohammad, Nor Ashikin (2017) Hubungan antara penerimaan dan penggunaan media sosial dengan gaya pembelajaran dalam kalangan murid sekolah menengah daerah Gombak. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dan faktor-faktor penerimaan dan penggunaan media sosial dalam kalangan mereka. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar Tingkatan 4 berdasarkan jantina dan bidang elektif, faktor-faktor penerimaan dan penggunaan media sosial dalam kalangan mereka, hubungan penerimaan dan penggunaan media sosial dengan gaya pembelajaran dan faktor-faktor penerimaan dan penggunaan media sosial yang mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar Tingkatan 4 di daerah Gombak. Penyelidik menggunakan Teori Connectivism untuk menjelaskan keperluan individu dalam menimba ilmu pada zaman sekarang. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan data. Seramai 376 orang pelajar Tingkatan 4 di daerah Gombak telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak sistematik berasaskan ciri-ciri sampel yang telah ditetapkan. Gaya pembelajaran pelajar ditentukan dengan menggunakan Inventori Skala Gaya Pembelajaran Grasha dan Riechmann manakala penerimaan dan penggunaan media sosial diukur menggunakan soal-selidik yang diubahsuai daripada Model Penerimaan Teknologi (Technonoly Acceptance Model) oleh Davis (1989). Hasil kajian menunjukkan gaya pembelajaran Kolaboratif (min= 3.81, S.P= .82), Bergantung (min= 3.75, S.P= .85) dan Kompetetif (min= 3.68, S.P= .94) merupakan gaya pembelajaran dominan yang diamalkan oleh pelajar Tingkatan 4 di daerah Gombak. Faktor utama penerimaan media sosial dalam kalangan mereka ialah faktor Kaitan (min= 4.01, S.P= .82) dan faktor Rangkaian Antara Peribadi dan Sosial (min= 3.96, S.P= .87) manakala faktor Motivasi Interaksi Sosial (min= 3.96, S.P= .86), Motivasi Hiburan (min= 3.94, S.P= .92) dan Motivasi Perkongsian Maklumat (min= 3.85, S.P= .86) adalah faktor-faktor penggunaan media sosial bagi pelajar-pelajar tersebut. Kajian seterusnya mendapati tidak terdapat perbezaan gaya pembelajaran yang signifikan di antara pelajar lelaki (min= 3.53, S.P= .29) dan perempuan (min= 3.54, S.P= .27), iaitu t= -.421, p= .674 dan tidak terdapat perbezaan gaya pembelajaran yang signifikan di antara ketiga-tiga kumpulan pelajar yang terdiri daripada pelajar bidang Sains Tulen, Teknologi, dan Kemanusiaan, F (2, 373) = 2.39, P = .093. Selain itu, kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dengan faktor-faktor penerimaan media sosial (r = .376, n = 376, p < .05) dan gaya pembelajaran dengan faktor-faktor penggunaan media sosial (r = .356, n = 376, p < .05). Hasil daripada dapatan tersebut menunjukkan faktor Kaitan (Faktor Penerimaan Media Sosial) (t = 2.69, p < .05) dan faktor Motivasi Perkongsian Maklumat (Faktor Penggunaan Media Sosial) (t = 2.01, p < .05) mempunyai pengaruh signifikan terhadap gaya pembelajaran pelajar Tingkatan 4 di daerah Gombak. Kajian ini telah membuktikan bahawa pelajar di peringkat menengah telah bersedia untuk menggunakan media sosial sebagai cabang dalam amalan gaya pembelajaran mereka. Dapatan ini dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan untuk menyediakan garis panduan penggunaan media sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar di peringkat menengah.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2017 26 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Educational technology
Subject: Social media - Education, Elementary
Call Number: FPP 2017 26
Chairman Supervisor: Norlizah Binti Che Hassan, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Sep 2019 07:39
Last Modified: 06 Sep 2019 07:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70751
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item