UPM Institutional Repository

Kajian kes terhadap fenomena delinkuen dalam kalangan remaja berisiko di sebuah sekolah menengah agama Kelantan, Malaysia


Citation

Mustafa, Mohd Nuri (2017) Kajian kes terhadap fenomena delinkuen dalam kalangan remaja berisiko di sebuah sekolah menengah agama Kelantan, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini merupakan penyelidikan kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes untuk memahami fenomena delinkuen dalam kalangan remaja yang berisiko di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok bachok. Enam belas orang responden telah dipilih untuk memperolehi data yang berkaitan dengan fenomena tersebut. Sebelum ini kajian mengenai fenomena delinkuen telah banyak dilakukan oleh pelbagai pihak bagi tujuan untuk memahami fenomena tersebut. Sebahagiannya telah cenderung membuat penyelidikan terhadap delinkuen berkaitan dengan psikologi. Mereka juga telahpun menghasilkan pelbagai dapatan dari kajian yang dijalankan itu. Sekalipun, pelbagai dapatan telah diperoleh, perbincangan dari aspek psikologi itu masih memerlukan suatu perbincangan yang lebih luas skopnya terutaman yang melibatkan pengaruh kecerdasan emosi, kesejahteraan psikologi dan penghayatan agama kerana ianya amat jarang digunakan secara kolektif oleh pengkaji tempatan. Begitu juga dengan perbicaraan yang luas skopnya seperti pengaruh persekitaran yang dilihat sebagai tidak memberi fokus terhadap tunjang permasalahan delinkuen. Maka dalam kajian ini pengkaji akan mencari pemahaman terhadap teori Ekologi Bronfenbrenner bahawa dalam lingkungan manakah pemusatan pengaruh tersebut paling mudah dan terdekat dalam mempengaruhi remaja yang delinkuen. Keadaan tersebut menunjukkan bahawa kajian mengenai delinkuen ini masih perlu dibincangkan lagi untuk menghasilkan pemahaman yang sebenar terhadap delinkuen. Maka, dalam kajian ini pengkaji akan memberi tumpuan secara mendalam bagi menjawab persoalan tentang perlakuan delinkuen, punca delinkuen dan juga aspek penghayatan Agama. Dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa perlakuan delinkuen yang mencatatkan kes paling tinggi di sekolah ini adalah mencuri dan lompat pagar. Kes yang kedua tertinggi adalah merokok dan buli, dan kes yang paling rendah adalah menonton video lucah dan pukul-memukul. Sementara itu, faktor yang mendorong pelajar terlibat dengan fenomena ini boleh dibahagikan kepada tiga faktor iaitu faktor kendiri, faktor sosioemosi dan juga faktor persekitaran. Tidak Berdisiplin, Rendah penghargaan kendiri, Kurang Daya Tahan Diri, Perlu Bimbingan, Lemah daya kepimpinan, Kurang Daya Usaha, Tiada Kesedaran Emosi Diri, Lemah Kawalan Emosi Kendiri, Kelemahan Memotivasikan Diri, Tiada Kesedaran Potensi Diri adalah antara faktor yang berkaitan dengan kendiri, manakala faktor sosioemosi adalah seperti Tekanan Perasaan, Bertindak Secara Agresif dan Kemesraan Bersama Rakan Sebaya. Faktor persekitaran pula ialah Pengaruh Rakan Sebaya dan Pengaruh Keluarga. Selain itu, kurangnya penghayatan agama terutamanya dari aspek keyakinan, mengikut hawa nafsu dan tidak suka kepada nasihat agama juga mendorong kearah delikuensi. Dari aspek amalan pula, mereka menunjukkan bahawa membuat amalan agama secara terpaksa dan bertindak secara jahil telah mendorong kepada masalah ini. Hasil dapatan yang diperoleh menggambarkan bahawa perkembangan psikologi dan pengaruh persekitaran yang tidak sihat itu telah menyebabkan remaja di SMKA Tok Bachok menghadapi masalah dalam membentuk personaliti mereka. Hasil kepincangan dalam pembentukan keperibadian tersebut telah menimbulkan pelbagai implikasi terhadap diri dan persekitaran mereka. Antara implikasi itu adalah menimbulkan permasalahan terhadap pembentukan keperibadian, penghayatan agama, kecemerlangan SMKA dan juga persekitaran SMKA. Maka cadangan yang disarankan diharap dapat memberi impak yang positif kepada pembangunan belia remaja negara. Ia dimulakan dengan pemahaman terhadap peranan dan tanggungjawab menjaga kesempurnaan kemanusiaan. Di samping itu menstrategikan penjagaan itu melalui sebuah model pendidikan iaitu Tindakan Pencegahan (Preventive), Tindakan Menyekat dan Menghalang (Repressive), Tindakan Pemulihan (Curative Or Rehabilitation). Bagi mengukuhkan lagi usaha pembentukan keperibadian remaja tersebut, maka satu usaha pemerkasaan terhadap badan dakwah disemua peringkat perlulah dilakukan dengan segera.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2017 25 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Juvenile delinquency - Malaysia - Kelantan - Psychology - Religious education
Call Number: FPP 2017 25
Chairman Supervisor: Profesor Turiman Suandi, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Sep 2019 07:39
Last Modified: 06 Sep 2019 07:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70748
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item