UPM Institutional Repository

Hubungan persepsi tingkah laku kejurulatihan dengan kepuasan atlet sukan balapan dan padang di Sarawak, Malaysia


Citation

Ling, Jasmine Chiu Hung (2017) Hubungan persepsi tingkah laku kejurulatihan dengan kepuasan atlet sukan balapan dan padang di Sarawak, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi atlet terhadap tingkah laku kejurulatihan, di samping mengkaji hubungan persepsi tersebut dengan kepuasan pelajar atlet dalam sukan balapan dan padang di Negeri Sarawak. Populasi kajian ditujukan kepada seramai 668 orang pelajar atlet Majlis Sukan Negeri Sarawak yang berumur 13 hingga 18 tahun. Kajian tinjauan ini telah disiapkan dengan merekrut sejumlah 252 orang pelajar atlet (lelaki n = 126 orang; perempuan n = 126 orang) melalui penggunaan persampelan rawak berstrata mengikut saiz kumpulan sama. Borang soal selidik Skala Kepimpinan untuk Sukan (LSS) dan Soal Selidik Kepuasan Atlet (ASQ) telah diadaptasikan untuk penggunaan dalam kajian ini. Analisa statistik dilaksanakan ke atas data daripada kesemua 252 orang pelajar atlet dengan aplikasi Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 21.0 di mana nilai p ≤ 0.05 dianggapkan sebagai statistik yang signifikan. Analisa statistik inferensi Korelasi Pearson dan Ujian-t Tak Bersandar digunakan untuk menguji 6 soalan kajian. Keputusan Korelasi Pearson menggambarkan bahawa terdapat hubungan positif yang sederhana di antara tingkah laku kejurulatihan yang sedia ada daripada persepsi pelajar atlet dengan kepuasan mereka (r= 0.300, p < 0.05). Penemuan kajian turut menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang berstatistik signifikan antara pelajar atlet lelaki dan perempuan dalam dimensi-dimensi kejurulatihan kecuali dalam dimensi sokongan sosial (lelaki: M = 3.64, SD = 0.71; perempuan: M = 3.43, SD = 0.71; t(250) = 2.229, p = 0.027). Tingkah laku kejurulatihan daripada persepsi pelajar atlet adalah konsisten dan turut menyokong konsep tingkah laku jurulatih di mana berhubung kait dengan kepuasan seseorang atlet, terutamanya di negeri Sarawak.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2017 18 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Coaching (Athletics) - Psychological aspects
Subject: Athletes - Psychology - Case studies
Call Number: FPP 2017 18
Chairman Supervisor: Soh Kim Geok, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Sep 2019 07:38
Last Modified: 06 Sep 2019 07:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70729
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item