UPM Institutional Repository

Kesan kaunseling kelompok berstruktur REBT terhadap harga diri, motivasi pencapaian dan ponteng kelas dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin


Citation

Tan, Hua Khim (2014) Kesan kaunseling kelompok berstruktur REBT terhadap harga diri, motivasi pencapaian dan ponteng kelas dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Ponteng kelas merupakan masalah disiplin. Ianya perlu ditangani secara serius dan professional kerana masalah ini boleh berkembang kepada pelbagai masalah disiplin sekolah yang lain. Ponteng kelas boleh menyebabkan penurunan prestasi akademik diri pelajar, harga diri dan motivasi pencapaian, malah tercicir dari sekolah. Menangani masalah ini secara intervensi psikologi adalah tanggungjawab guru kaunseling. Dengan itu guru kaunseling harus mempunyai ilmu dan strategi khusus. Salah satu strategi yang boleh digunakan adalah kaunseling kelompok berstruktur yang berasaskan modul. Maka satu modul kaunseling telah dibina berpandukan model pembikinan modul Sidek dan teori REBT yang telah diuji kesahan kandungan oleh enam orang pakar serta kebolehpercayaannya terhadap 30 pelajar bermasalah disiplin ponteng kelas. Kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat kesan modul kaunseling kelompok berstruktur Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) ke atas harga diri, motivasi pencapaian dan tingkah laku ponteng kelas pelajar bermasalah disiplin. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar dari empat sekolah menengah harian biasa di sekitar Daerah Bera, Pahang. Mereka dibahagikan kepada kumpulan kawalan (n=30) dan kumpulan rawatan (n=30) secara persampelan rawak kelompok. Reka bentuk kajian ini adalah kajian eksperimental benar jenis ujian pra dan ujian pasca ke atas satu kumpulan eksperimental dan satu kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menerima 10 sesi kaunseling kelompok berstruktur REBT yang dikendalikan oleh penyelidik sendiri selama lebih kurang tiga bulan manakala kumpulan kawalan tidak menerima apa-apa rawatan. Tiga alat ukuran digunakan iaitu Soal Selidik The Coopersmith Self Esteem Inventory bagi mengukur harga diri yang dicipta oleh Coopersmith pada tahun 1967, Soal Selidik Motivasi Pencapaian Abu Bakar untuk mengukur motivasi pencapaian, di mana ia dicipta sendiri oleh Abu Bakar Nordin pada tahun 1995, dan Rekod Anekdot untuk melihat tingkah laku ponteng kelas. Kesemua ahli kumpulan rawatan dan kawalan menjawab Soal Selidik The Coopersmith Self Esteem Inventory dan Soal Selidik Motivasi Pencapaian Abu Bakar sebanyak dua kali, iaitu sebelum rawatan diberi dan selepas rawatan berakhir. Data dianalisis dengan menggunakan pendekatan deskriptif dan pendekatan inferens (Ujian t) dengan aras keyakinan ditetapkan pada .05. Dapatan kajian menunjukkan bagi kumpulan rawatan, secara keseluruhan terdapat peningkatan dalam skor harga diri dan motivasi pencapaian pada akhir rawatan, sementara Rekod Anekdot memperlihatkan tingkah laku ponteng kelas berkurangan. Manakala kumpulan kawalan menunjukkan dapatan yang tidak signifikan kecuali harga diri, walaubagaimanapun nilainya adalah lebih kecil daripada kumpulan rawatan. Dapatlah dirumuskan Kaunseling Kelompok Berstruktur Rasional Emotif Tingkah Laku yang dijalankan telah berjaya memberi kesan positif kepada peningkatan harga diri dan motivasi pencapaian, serta mengurangkan tingkah laku ponteng kelas. Implikasinya terhadap guru kaunseling dalam memudahkan kaunseling kelompok di sekolah dan membantu perubahan tingkah laku pelajar yang bermasalah. Hasil kajian juga mengesyorkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling dengan berpandukan modul menjadi satu amalan di peringkat sekolah seluruh Malaysia.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2014 76 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Counseling
Subject: Counseling in elementary education
Subject: Group counseling
Call Number: FPP 2014 76
Chairman Supervisor: Profesor Madya Rusnani bt Abdul Kadir, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 30 Oct 2019 07:02
Last Modified: 30 Oct 2019 07:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70441
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item