UPM Institutional Repository

Penguasaan frasa Al-Iḍâfah dalam kalangan pelajar jurusan Pengajian Islam Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu


Citation

Abdullah, Shekarma (2014) Penguasaan frasa Al-Iḍâfah dalam kalangan pelajar jurusan Pengajian Islam Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penguasaan frasa sesuatu bahasa adalah sangat penting dalam memperkukuhkan lagi penguasaan bahasa itu sendiri. Keupayaan untuk memahami sesuatu bahasa boleh terjejas tanpa penguasaan yang mantap dalam struktur sintaksis sesuatu frasa seperti frasa al-iḍāfah. Pelbagai kajian telah melaporkan tentang kelemahan para pelajar dalam penguasaan frasa. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan dan juga pola kesalahan para pelajar Diploma Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), kampus Gong Badak, Terengganu, dalam frasa al-iḍāfah, serta mengenal pasti sama ada terdapat hubungan signifikan secara statistik antara jenis jurusan pengajian Islam pelajar peringkat diploma dengan penguasaan frasa al-iḍāfah. Selain daripada itu, ia juga bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat hubungan signifikan secara statistik antara perbezaan jantina pelajar dengan penguasaan frasa al-iḍāfah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang dijalankan melalui kaedah tinjauan deskriptif yang dinamakan tinjauan keratan lintang. Satu set soalan ujian bertulis berkaitan dengan frasa al-iḍāfah telah diuji kepada 186 orang responden kajian, daripada 302 orang populasi kajian. Data-data yang telah diperoleh, dianalisis melalui dua jenis kaedah penganalisisan data, iaitu analisis deskriptif dan juga analisis inferensi. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar berada pada tahap rendah (lemah) dalam penguasaan frasa al-iḍāfah, rentetan daripada wujudnya pelbagai pola kesalahan penggunaan frasa al-iḍāfah pada domain ujian yang kedua, ketiga, keempat dan kelima dalam set soalan ujian frasa al-iḍāfah. Keputusan ujian ANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara pelajar-pelajar Diploma Pengajian Islam (Bahasa dan Kesusasteraan Arab) dan juga para pelajar dalam jurusan-jurusan pengajian Islam yang lain dalam penguasaan frasa al-iḍāfah. Keputusan ujian Mann-Whitney U juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara pelajar perempuan dan juga pelajar lelaki dalam penguasaan frasa al-iḍāfah. Dapatan-dapatan kajian yang telah diperoleh akan menyumbang kepada peningkatan dan juga penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu khususnya dan di Institusi Pengajian Tinggi yang lain umumnya.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2014 66 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Arabic language - Terms and phrases
Call Number: FBMK 2014 66
Chairman Supervisor: Che Radiah binti Mezah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 31 Oct 2019 06:52
Last Modified: 31 Oct 2019 06:52
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70086
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item