UPM Institutional Repository

Penggunaan strategi metakognitif pelajar institut pengajian tinggi awam dalam membaca teks Arab


Citation

Baharudin, Qurratu 'Aini (2014) Penggunaan strategi metakognitif pelajar institut pengajian tinggi awam dalam membaca teks Arab. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Isu kelemahan pelajar dalam memahami teks bacaan berbahasa Arab sering berlaku bukan hanya kepada pelajar sekolah, malah turut melibatkan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam. Dalam hal ini, para sarjana berpendapat permasalahan ini amat berkait rapat dengan penggunaan strategi metakognitif dalam proses membaca sesuatu teks. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan strategi metakognitif pelajar dalam membaca teks Arab, membezakan penggunaan strategi ini mengikut jantina pelajar, dan juga mengukur perbezaan penggunaannya mengikut tahun pengajian. Kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif ini melibatkan seramai 256 orang pelajar Melayu. Mereka merupakan pelajar pengkhususan bahasa Arab yang dipilih secara rawak dari empat buah universiti di Malaysia. Instrumen berbentuk soal selidik yang merangkumi tiga kategori utama metakognitif, iaitu strategi global, strategi penyelesaian masalah, dan strategi sokongan telah dibina untuk mengumpul data kajian. Selain itu, strategi metafizik turut ditambah ke dalam instrumen kajian sebagai sub kategori baharu. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Packages for The Social Science (SPSS). Hasil analisis deskriptif menunjukkan pelajar menggunakan strategi metakognitif secara keseluruhannya pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan strategi global merupakan strategi yang paling banyak digunakan oleh pelajar, diikuti oleh strategi sokongan. Strategi penyelesaian masalah pula berada pada kedudukan ketiga, manakala strategi metafizik mencatatkan rekod yang terendah penggunaannya. Namun begitu, penemuan baharu ini membuktikan kewujudan strategi metafizik dalam penggunaan pelajar terhadap strategi metakognitif semasa membaca teks Arab. Selain itu, ujian-t dan ujian ANOVA memperlihatkan ketiadaan hubungan yang signifikan antara strategi metakognitif dengan jantina dan juga tahun pengajian. Hal ini bermakna tiada perbezaan dalam penggunaan strategi metakognitif walaupun jantina dan tahun pengajian para pelajar adalah berlainan.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2014 61 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Metacognition - Study and teaching
Subject: Thought and thinking - Study and teaching
Call Number: FBMK 2014 61
Chairman Supervisor: Nik Farhan Binti Mustapaha, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 31 Oct 2019 07:01
Last Modified: 31 Oct 2019 07:01
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70082
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item