UPM Institutional Repository

Penguasaan sebutan bahasa Cina dan bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan Cina


Citation

Koo, Chian Chyun (2017) Penguasaan sebutan bahasa Cina dan bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan Cina. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Walaupun konsonan dan vokal dalam sebutan bahasa Cina dan sebutan bahasa Melayu mempunyai abjad-abjad rumi yang sama, tetapi cara-cara sebutan konsonan dan vokal bagi kedua-dua bahasa ini adalah amat berbeza. Nada bahasa Cina mempunyai fungsi untuk membezakan makna aksara Cina yang mempunyai suku kata yang sama, manakala intonasi bahasa Melayu memainkan peranan untuk menunjukkan maksud emosi dalam ayat bahasa Melayu yang mempunyai fungsi berlainan. Suku kata bahasa Cina dibentukkan dengan tiga elemen yang penting iaitu konsonan, vokal dan nada, manakala suku kata bahasa Melayu hanya dibentukkan dengan gabungan konsonan dan vokal, intonasi hanya muncul pada perkataan yang mempunyai maksud emosi dalam ayat bahasa Melayu. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cara-cara penguasaan sebutan konsonan, vokal, nada atau intonasi bahasa Cina dan bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Mun Choong, Kuala Lumpur. Selain itu, kajian ini juga akan mengkaji kesilapan fonologi yang dilakukan dan masalah yang dihadapi oleh murid bukan Cina dalam mengenal pasti cara-cara penguasaan sebutan konsonan, vokal, nada atau intonasi bahasa Cina dan bahasa Melayu. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data kajian adalah dua set ujian iaitu Ujian Sebutan Bahasa Cina dan Ujian Sebutan Bahasa Melayu. Data kajian ini akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Teori pemindahan bahasa (Lado 1957, Ausubel 1978, Odlin 1989, Wang Yan 2005) diaplikasi untuk menerangkan kesan pemindahan bahasa terhadap bunyi bahasa Cina dan bahasa Melayu oleh murid bukan Cina. Kaedah analisis kontrastif (Ellis, 1985) digunakan untuk membandingkan persamaan dan perbezaan antara cara-cara penguasaan sebutan konsonan, vokal dan nada/intonasi bahasa Cina dan bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan Cina. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan kebanyakan murid bukan Cina dapat menguasai cara-cara penggunaan sebutan konsonan dan vokal bagi kedua-dua bahasa ini. Hanya terdapat sebilangan kecil responden dalam kajian ini kurang berkeyakinan dalam mengenal pasti cara-cara penggunaan intonasi yang mempunyai maksud emosi yang berbeza dalam ayat bahasa Melayu yang berbeza fungsinya. Mereka juga didapati kurang mahir dalam mengenal pasti cara-cara sebutan nada pertama dan nada kedua dalam bahasa Cina. Pada keseluruhan prestasi responden kajian ini dalam menguasai cara-cara penguasaan sebutan nada bahasa Cina adalah lebih baik daripada sebutan intonasi bahasa Melayu, manakala penguasaan mereka dalam mengenal pasti cara-cara penguasaan sebutan konsonan dan vokal bahasa Melayu adalah lebih mantap daripada sebutan konsonan dan vokal bahasa Cina.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2017 68 - IR.pdf

Download (462kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Pronunciation
Subject: Chinese language - Pronunciation
Call Number: FBMK 2017 68
Chairman Supervisor: Wong Ling Yann, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 04 Jul 2019 01:59
Last Modified: 27 Aug 2019 04:08
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70059
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item