UPM Institutional Repository

Penggunaan peta minda dalam pembelajaran Balaghah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Perak, Melaka, Malaysia


Citation

Abu Hasan, Erlind (2014) Penggunaan peta minda dalam pembelajaran Balaghah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Perak, Melaka, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penerimaan pelajar Tingkatan Empat terhadap penggunaan peta minda berdasarkan prinsip Tony Buzan dalam pembelajaran Balaghah. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti penerimaan pelajar terhadap penulisan nota Balaghah dalam bentuk peta minda. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisi sejauh manakah pelajar mampu mengingat istilah-istilah Balaghah melalui penulisan nota peta minda mengikut prinsip Tony Buzan. Kajian kualitatif ini menggunakan teknik pengumpulan data melalui temu bual kumpulan berfokus yang terdiri daripada tiga kumpulan pelajar Tingkatan Empat dan dua temu bual individu. Dapatan kajian juga diperolehi melalui analisis nota peta minda Balaghah pelajar. Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan prinsip peta minda Tony Buzan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Balaghah sesuai digunakan bagi membantu meningkatkan minat dan prestasi pelajar dalam pembelajaran. Pelajar lebih memahami apa yang diajar oleh guru dan berjaya mengubah persepsi bahawa Balaghah mudah dikuasai. Kajian juga dapat mengenal pasti bahawa nota peta minda mampu membantu pelajar semasa mengulangkaji pelajaran dan semasa menjawab peperiksaan. Analisis terhadap nota Balaghah pelajar menunjukkan bahawa pelajar mampu mengingat dan menulis semula istilah-istilah Balaghah dalam bentuk peta minda. Terdapat beberapa masalah yang dapat dikesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Balaghah ini. Justeru, saranan dan cadangan juga dikemukakan pada bahagian perbincangan bagi menambah baik proses pembelajaran Balaghah menggunakan peta minda ini.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2014 46 - IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Brain mapping - Education, Secondary
Subject: Arabic literature - Education, Secondary
Call Number: FBMK 2014 46
Chairman Supervisor: Pabiyah Hajimaming @ TokLubok, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 31 Oct 2019 07:49
Last Modified: 31 Oct 2019 07:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70033
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item