UPM Institutional Repository

Kritikan sosial dalam filem Mamat Khalid


Citation

Md Adnan, Al-Fatihah (2014) Kritikan sosial dalam filem Mamat Khalid. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini adalah analisis tentang kritikan sosial yang dipaparkan oleh Mamat Khalid dalam filem Melayu yang telah diterbitkan pada 2005 hingga 2012, iaitu filem Rock, Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Estet, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin Mon dan Jin Pakai Toncit serta filem Rock Oo. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis dan merumuskan kritikan sosial dalam filem Mamat Khalid, apabila tercetusnya beberapa masalah yang ditemukan iaitu kelompangan kajian terhadap kritikan sosial dalam filem. Kebanyakan filem tempatan yang dihasilkan menunjukkan bahawa aspek latar sosial itu jarang diberi perhatian dan didakwa bahawa belum ada filem Malaysia kerana roh atau jati diri sangat kurang dalam filem keluaran negara Malaysia. Terdapat juga beberapa pandangan yang mengatakan bahawa kemampuan yang ada pada Mamat Khalid telah banyak mencetuskan idea serta memaparkan isu sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif dengan cara pengumpulan data dan analisis dokumen serta mengaplikasikannya dengan pendekatan sosiologi sastera. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kritikan sosial yang dipaparkan dalam filem ini ialah kepercayaan cerita tahyul dan khurafat, kekuasaan bomoh dan jampi serapah, budaya yang tidak prihatin pada golongan tua, amalan suka lepak di kedai kopi, golongan muda yang terlibat dengan gejala vandalisme, gejala rempit dalam kalangan remaja, budaya asing yang menyerang, kelunturan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat, penindasan terhadap golongan miskin, sikap yang ingin kaya dalam masa yang singkat, masyarakat yang tidak beradab, suka berangan, golongan muda yang terlibat dengan pengaruh budaya barat dan golongan muda yang terlibat dengan ajaran sesat. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini akan menyelesaikan semua masalah yang dihadapi iaitu dengan melakukan kajian terhadap kritikan sosial dalam filem Mamat Khalid.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2014 42 - IR.pdf

Download (357kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Mamat Khalid
Subject: Motion pictures, Malay - Production and direction - Malaysia
Subject: Motion picture film
Call Number: FBMK 2014 42
Chairman Supervisor: Normaliza Abd Rahim, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 22 Aug 2019 02:05
Last Modified: 22 Aug 2019 02:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70020
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item