UPM Institutional Repository

Perspektif masa dan pencapaian akademik pelajar aliran sains daerah Hulu Langat


Citation

Roslan, Samsilah and Ab Jalil, Nurmaimanah and Abdullah, Maria Chong (2015) Perspektif masa dan pencapaian akademik pelajar aliran sains daerah Hulu Langat. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 30. pp. 123-139. ISSN 2180-3463; ESSN: 2289-9057

Abstract

Prestasi pelajar Malaysia telah merosot di bawah purata antarabangsa bagi subjek Sains dan Matematik semenjak tahun 2003. Lebih membimbangkan lagi apabila hampir 50% pelajar aliran Sains memperoleh gred rendah iaitu D, E dan G dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008–2012. Perspektif masa dilihat antara faktor penting yang harus dikaji bagi merungkai faktor berkaitan masalah kemerosotan ini. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap dan pola bagi setiap dimensi perspektif masa berdasarkan faktor jantina, bangsa, lokasi sekolah dan pencapaian akademik pelajar aliran Sains. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara dimensi perspektif masa dengan pencapaian akademik pelajar aliran Sains secara keseluruhannya. Seramai 390 orang pelajar aliran Sains di daerah Hulu Langat terlibat dalam kajian ini dan Zimbardo Time Perspective Inventory(ZTPI) telah digunakan untuk mengukur perspektif masa pelajar, manakala skor GPMP bagi empat mata pelajaran Sains iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan diambil untuk mengukur tahap pencapaian akademik mereka. Dapatan kajian menunjukkan tahap bagi setiap dimensi perspektif masa pelajar aliran Sains di daerah Hulu Langat adalah berada pada tahap sederhana dengan mencatatkan peratusan antara 58.5–81.8%. Analisis ujian-t dan ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi perspektif masa berdasarkan faktor jantina, bangsa, lokasi sekolah dan pencapaian akademik pelajar aliran Sains. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian lepas iaitu perspektif masa bagi seseorang pelajar aliran Sains amat mempengaruhi pencapaian akademik mereka khususnya dalam mata pelajaran Sains di sekolah.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstract)
Perspektif masa dan pencapaian akademik pelajar aliran sains daerah Hulu Langat.pdf

Download (49kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Penerbit Universiti Sains Malaysia
Keywords: Time perspective; Academic achievement; Science student
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 08 Jul 2019 07:24
Last Modified: 08 Jul 2019 07:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69795
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item