UPM Institutional Repository

Persepsi orang awam dan profesional terhadap imej visual reka bentuk bandar Islamik di Putrajaya, Malaysia


Citation

Abd. Rahim, Fazlena (2018) Persepsi orang awam dan profesional terhadap imej visual reka bentuk bandar Islamik di Putrajaya, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini memfokus kepada aspek imej visual identiti dan struktur bandar berciri Islamik di Putrajaya. Kurangnya kefahaman mengenai prinsip alam bina Islamik telah melemahkan imej visual struktur bandar, identiti dan nilai estetik reka bentuk bandar. Akibatnya, pengguna bandar tidak dapat menikmati keharmonian dan keindahan imej visual reka bentuk bandar. Kajian ini mengenal pasti persepsi pengguna ruang bandar Putrajaya, menggunakan kaedah campuran kuantitatif dan kualitatif. Kajian soal selidik terhadap lebih kurang 500 orang awam telah dijalankan untuk mengenal pasti imej visual identiti, struktur bandar berciri Islamik dan ciri reka bentuk bandar yang menjadi keutamaan mereka. Temu bual bergambar terhadap lebih kurang 100 orang profesional dalam bidang alam bina telah dijalankan untuk menilai aspek yang sama kecuali imej visual struktur bandar. Pemerhatian lapangan juga dijalankan untuk memahami keadaan sebenar kawasan dan elemen kajian. Hasil kajian mendapati, bandar Putrajaya mempunyai nilai estetik yang tinggi. Bagaimanapun, gaya moden yang mendominasi reka bentuk bandarnya, campuran kepelbagaian identiti dan kurangnya identiti budaya mewujudkan identiti yang kurang jelas. Elemen yang paling membezakan Putrajaya adalah bangunan mercu tandanya. Identiti reka bentuk bandar yang paling diutamakan orang awam adalah tradisional Melayu manakala gabungan tradisional Nusantara dengan prinsip Islamik menjadi pilihan utama profesional. Bangunan dan ruang awam berciri Islamik yang menjadi tarikan utama masyarakat adalah yang mempunyai identiti dan struktur yang jelas, unik, fasiliti dan bernilai estetik. Penemuan kajian ini boleh dimanfaatkan untuk memperkasakan imej visual bandar Islamik di Putrajaya yang tulin identitinya dan mudah difahami (legible) yang akan meningkatkan daya tarikan kepada pengguna bandar.


Download File

[img]
Preview
Text
frsb 2018 7 ir.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Islamic architecture - Case studies - Putrajaya - Malaysia
Subject: City planning
Subject: Urban landscape architecture
Call Number: FRSB 2018 7
Chairman Supervisor: Prof. Madya Norsidah Binti Ujang, PhD
Divisions: Faculty of Design and Architecture
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 11 Nov 2019 08:48
Last Modified: 11 Nov 2019 08:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69774
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item