UPM Institutional Repository

Persamaan makna dalam peribahasa Sepanyol dan Melayu berunsurkan haiwan


Citation

Wahab, Hairul Nisma (2017) Persamaan makna dalam peribahasa Sepanyol dan Melayu berunsurkan haiwan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Peribahasa merupakan warisan setiap bangsa di dunia. Penggunaan peribahasa tidak hanya merujuk pada makna tersurat, tetapi makna tersirat yang terkandung disebalik lambang dan perkataan yang digunakan. Penggunaan peribahasa Sepanyol dan Melayu berunsurkan haiwan dalam kalangan pengguna bahasa Sepanyol dan Melayu hari ini dilihat semakin berkurangan disebabkan kekeliruan dalam memahami makna peribahasa. Hal ini kerana haiwan yang digunakan tidak dikenali sifatnya kerana peranannya dalam budaya yang berlainan. Oleh yang demikian, dalam memahami makna kedua-dua peribahasa ini, kajian ini dijalankan untuk meneliti persamaan makna peribahasa Sepanyol dan peribahasa Melayu berunsurkan haiwan dengan berpandukan Teori Segitiga Ogden & Richards (1923). Jenis haiwan yang digunakan diteliti bagi melihat ciri-ciri dan sifat haiwan tersebut sehingga mencetuskan makna peribahasa. Selain itu, makna dalam kedua-dua peribahasa dan lambang haiwan yang dikaji akan dijelaskan dalam aspek nilai budaya masyarakat Sepanyol dan Melayu. Peribahasa Sepanyol yang diperolehi daripada buku Spanish Idioms, 101 Spanish Proverbs, 101 Spanish Idioms dan Refranes Southwestern Spanish Proverb serta peribahasa Melayu yang diperolehi daripada Kamus Peribahasa Melayu dan buku Peribahasa Melayu Penelitian Makna dan Nilai telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis teks. Sebanyak 50 peribahasa yang merangkumi 25 peribahasa Sepanyol dan 25 peribahasa Melayu telah dipilih untuk dianalisis. Hasil kajian mendapati, terdapat peribahasa Sepanyol dan peribahasa Melayu mempunyai makna dan lambang haiwan yang sama serta terdapat juga peribahasa Sepanyol dan peribahasa Melayu mempunyai makna yang sama tetapi menggunakan lambang haiwan yang berbeza. Hasil kajian ini membuktikan, persamaan dan perbezaan lambang haiwan yang digunakan dipengaruhi oleh corak pemikiran, cara pengamatan, pengalaman, persekitaran dan budaya masyarakat Sepanyol dan Melayu terhadap konsep haiwan yang digunakan. Kajian ini diharapkan dapat mempertingkatkan kefahaman dan menjelaskan kepentingan peribahasa dalam konteks komunikasi sekaligus dapat memupuk semula minat pengguna bahasa Sepanyol dan bahasa Melayu untuk menggunakannya.


Download File

[img]
Preview
Text
fbmk 2017 70 ir.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Proverbs, Malay - Comparative studies
Subject: Proverbs, Spanish - Comparative studies
Call Number: FBMK 2017 70
Chairman Supervisor: Salina binti Husain, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 11 Nov 2019 02:18
Last Modified: 11 Nov 2019 02:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69520
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item