UPM Institutional Repository

Pengetahuan tentang undang-undang penyalahgunaan dadah dan modal sosial dalam rawatan pemulihan pelatih di Kota Bharu Kelantan, Malaysia


Citation

Sidek, Abdul Halim (2016) Pengetahuan tentang undang-undang penyalahgunaan dadah dan modal sosial dalam rawatan pemulihan pelatih di Kota Bharu Kelantan, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Masalah penyalahgunaan dadah yang meruncing di Malaysia dilihat telah memberi ancaman serius kepada keselamatan negara dan impak negatif terhadap pembangunansosio-ekonomi negara. Peranan pembangunan komuniti dalam memulihkan masalah penyalahgunaan dadah adalah penting terutamanya melibatkan aspek sokongan komuniti. Permasalahan dalam kajian secara khusus mengkaji reaksi para pelatih terhadap undang-undang penyalahgunaan dadah yang berasaskan perkongsian modal insan. Kajian ini meneroka pengetahuan penagih tentang undang-undang penyalahgunaan dadah di Malaysia. Di samping itu, mengenalpasti elemen modal sosial dalam kalangan pelatih yang berada di Klinik Cure & Care 1 Malaysia, Kota Bharu. Kajian ini juga menjelaskan tanggapan penagih dadah terhadap keberkesanan undang-undang penyalahgunaan dadah di Malaysia. Disamping itu juga kajian ini menghuraikan keberkesanan undang-undang penyalahgunaan dadah di Malaysia seterusnya menghuraikan usaha yang telah dilakukan untuk pemulihan penyalahgunaan dadah yang berasaskan modal sosial. Tesis ini dilaksanakan ke atas pelatih yang telah menerima rawatan pemulihan dadah di Klinik Cure & Care 1Malaysia Kota Baharu, Kelantan. Kajian dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif menggunakan kaedah temu bual mendalam berasaskan protokol temu bual semi berstruktur. Hasil kajian menunjukkan pelatih mempunyai pelbagai bentuk pengetahuan tentang undang-undang penyalahgunaan dadah. Para pelatih juga mempunyai pandangan yang khusus terhadap undang-undang penyalahgunaan dadah di Malaysia sama ada positif atau negatif. Hasil kajian juga menunjukan bahawa keberkesanan undang-undang penyalahgunaan dadah melalui tafsiran hukuman dalam peruntukan undang-undang dalam kalangan pelatih adalah kurang berkesan dan faktor penentu keberkesanan undang-undang penyalahgunaan dadah adalah lemah.Kajian mendapati kelemahan modal sosial memberi kesan kepada pelatih dalam penyalahgunaan dadah sebagai pengedar dan pesalahguna dadah. Hasil kajian menunjukkan bahawa tiga modal sosial yakni ibu bapa, ahli keluarga dan rakan pelatih mendorong kepada usaha-usaha pemulihan dalam penyalahgunaan dadah.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2016 26 IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Drug abuse - Malaysia
Subject: Malaysia - Social conditions
Call Number: FEM 2016 26
Chairman Supervisor: Profesor Madya Sarjit Singh A/L Darshan Singh, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 25 Jun 2019 07:44
Last Modified: 25 Jun 2019 07:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69240
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item