UPM Institutional Repository

Kesan pendidikan keselamatan jalan raya terhadap niat membentuk sikap positif dalam kalangan murid sekolah rendah


Citation

Ismail, Mazlan (2016) Kesan pendidikan keselamatan jalan raya terhadap niat membentuk sikap positif dalam kalangan murid sekolah rendah. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) merupakan satu usaha jangka panjang untuk melahirkan generasi yang celik dan mengamalkan ilmu keselamatan jalan raya. Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Kabinet mengenai Keselamatan Jalan Raya tahun 2006, Kementerian Pelajaran (kini Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Kementerian Pengangkutan dipertanggungjawabkan dalam pelaksanaan PKJR di Sekolah Rendah di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk melihat kesan pelaksanaan program PKJR di sekolah rendah terhadap niat membentuk sikap positif dalam kalangan pelajar yang telah melalui PKJR sebagai pengguna jalan raya yang dipamerkan melalui tingkah laku kanak-kanak hasil daripada pengajaran dan pembelajaran PKJR secara formal di dalam biik darjah di seluruh negara. Dalam meneliti keberkesanan pelaksanaan PKJR tersebut, kaedah kajian tinjauan digunakan melalui persampelan mudah, manakala pengumpulan data melalui pengedaran soal selidik. Dapatan kebolehpercayaan uji rintis adalah tinggi ( sikap α=0.873, norma subjektif α =0.722, kawalan tingkah laku yang dipersepsi α =0.894 dan niat α=0.864). Sebanyak 557 responden yang mewakili murid tahun lima di seluruh negara diambil kira dalam kajian. Model Teori Tingkah laku Berencana (TPB) Ajzen (1991) digunakan dalam kajian ini. Dapatan menunjukkan tahap sikap terhadap tingkah laku dalam pelaksanaan PKJR berada pada tahap sederahana iaitu 50.3% (280), manakala tahap norma subjektif 90.7 % (505) dan kawalan tingkah laku yang dipersepsi 64.8% (361) terhadap tingkah laku dalam pelaksanaan PKJR adalah tinggi. Manakala tahap niat membentuk sikap positif kesan pelaksanaan PKJR adalah tinggi iaitu 64.6% (360). berbanding perbezaan yang signifikan dengan tahap sederahana iaitu 34.8% (194). Dalam analisis korelasi antara faktor sikap r=.480 (p)≤ 0.01, norma subjektif r=.262 (p)≤ 0.01 dan kawalan tingkah laku yang dipersepsi r=.249 (p)≤ 0.01 dengan niat dalam pelaksanaan PKJR terhadap kanak-kanak bertingkah laku ketika berada di jalan raya terdapat hubungan yang signifikan. Analisis regresi berganda pula mendapati pemboleh ubah sikap adalah menyumbang kepada tahap niat dalam pelaksanaan PKJR terhadap kanak-kanak untuk bertingkah laku ketika berada di jalan raya iaitu β=0.428. Begitu juga ketiga-tiga hipotesis berkaitan hubungan sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dipersepsi dengan niat ditolak. Justeru, dapatan kajian ini boleh membantu pihak-pihak terbabit, khususnya KPM mengkaji semula akan pelaksanaan PKJR di sekolah.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2016 11 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Traffic safety and children
Subject: Traffic safety - Study and teaching
Subject: Children - Attitudes
Call Number: FEM 2016 11
Chairman Supervisor: Mohd Ibrani Shahrimin Bin Adam Assim, Phd
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 27 Jun 2019 07:31
Last Modified: 27 Jun 2019 07:31
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69190
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item