UPM Institutional Repository

Amalan keselamatan pengguna dalam aspek pembaikan kenderaan bermotor di Lembah Klang, Malaysia


Citation

Isa, Nurul Syamimi (2016) Amalan keselamatan pengguna dalam aspek pembaikan kenderaan bermotor di Lembah Klang, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pertambahan pendaftaran kenderaan di Malaysia menunjukkan pertambahan permintaan dalam industri pembaikan dan penyelenggaran kenderaan setiap tahun. Isu keselamatan perkhidmatan mula dibangkitkan oleh Ralph Nader yang membincangkan tentang keselamatan kenderaan dan mendedahkan amalan dan sikap pengeluar kenderaan yang mengabaikan ciri-ciri keselamatan terhadap pengeluaran dan penyelenggaraan kenderaan sehingga menyebabkan kematian akibat kemalangan kenderaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji faktor yang mempengaruhi amalan keselamatan pengguna dalam industri pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan di Lembah Klang. Kajian ini menggunakan data sekunder daripada kajian lain. Lokasi kajian adalah di kawasan Lembah Klang dengan melibatkan bilangan responden seramai 500 orang. Kaedah penyelidikan adalah secara tinjauan manakala kaedah analisis data pula adalah secara deskriptif dan inferensi iaitu melalui ujian perbezaan ujian-t, ANOVA sehala, dan regresi pelbagai dengan menggunakan perisian aplikasi Statistical Package for Social Science (SPSS). Teori Tingkah Laku Dirancang digunakan dalam kajian ini. Tiga pemboleh ubah asal dalam teori ini dikaji dan ditambah dengan dua pemboleh ubah baru iaitu kerisauan dan keutamaan keselamatan. Oleh itu, sebanyak enam pemboleh ubah peramal yang dikaji iaitu faktor demografi jantina dan pendidikan, sikap pengguna terhadap risiko kemalangan, norma subjektif, tanggapan kawalan, kerisauan akan risiko kemalangan dan keutamaan keselamatan pengguna. Dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan signifikan bagi jantina dan pendidikan dalam amalan keselamatan pengguna. Analisis deskriptif menunjukkan pengguna cenderung kepada sikap positif, norma subjektif tinggi, tanggapan kawalan tinggi, mengutamakan keselamatan dan kerisauan yang tinggi. Analisis regresi pelbagai menunjukkan kombinasi empat pemboleh ubah peramal iaitu keutamaan keselamatan, norma subjektif, tanggapan kawalan dan sikap menyumbang sebanyak 39.7 peratus ke dalam model di mana pemboleh ubah keutamaan keselamatan telah dikenalpasti sebagai faktor penyumbang terbesar ke dalam model amalan keselamatan pengguna. Kajian ini memberi implikasi kepada polisi, pendidikan pengguna dan juga teori. Penggubal dasar dicadangkan untuk menetapkan satu piawaian berkenaan pembaikan kenderaan. Pendidikan pengguna yang seragam perlu dilaksanakan oleh persatuan pengguna dan juga kerajaan tanpa membezakan jantina dan pendidikan dengan menfokuskan faktor keutamaan keselamatan. Teori Tingkah Laku Dirancang telah dibuktikan boleh menerangkan amalan keselamatan dalam perkhidmatan pembaikan kenderaan dengan penambahan faktor lain seperti keutamaan keselamatan. Dicadangkan untuk kajian akan datang mengkaji aspek keselamatan dalam perkhidmatan pengguna yang lain disamping mengenalpasti faktor lain yang boleh menyumbang kepada amalan keselamatan pengguna yang baik.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2016 5 - IR.pdf

Download (401kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Consumer protection
Subject: Automobiles - Safety appliances
Call Number: FEM 2016 5
Chairman Supervisor: Elistina Abu Bakar, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 26 Jun 2019 01:25
Last Modified: 26 Jun 2019 01:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69136
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item