UPM Institutional Repository

Perkaitan antara aset perkembangan dan kesyukuran dengan kepuasan hidup remaja Melayu di Semenanjung Malaysia


Citation

Abdul Rahim, Siti Marnizah (2016) Perkaitan antara aset perkembangan dan kesyukuran dengan kepuasan hidup remaja Melayu di Semenanjung Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan antara aset perkembangan,kesyukuran dan kepuasan hidup dalam kalangan remaja Melayu di Semenanjung Malaysia. Kajian ini telah dijalankan di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Selangor, Johor, Kelantan dan Kedah.Kaedah persampelan kebarangkalian berkadar dengan saiz (PPS) telah digunakan untuk memilih 739 orang pelajar Melayu berusia di antara 13 hingga 17 tahun.Aset Perkembangan remaja diukur menggunakan Developmental Assets Profile (Search Institute, 2005). Kesyukuran diukur menggunakan The Gratitude Questionnaire-Six Item Form (McCullough, Emmons, & sang,2001), dan kepuasan hidup diukur menggunakan Student Life Satisfaction Scale (Huebner, 1991).Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package for The Social Science (SPSS). Korelasi Pearson, ujian-t, dan analisis regresi berganda telah digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Kajian mendapati 56.7% remaja mempunyai tahap kepuasan hidup yang Rendah. Hasil analisis korelasi menunjukkan terdapat perkaitan positif yang signifikan antara hubungan aset perkembangan dan kesyukuran dengan kepuasan hidup remaja Melayu. Ujian regresi berganda mendapati bahawa aset keluarga (β =.181, p = <0.05) dan kesyukuran (β = .119, p = <0.01) adalah faktor peramal signifikan kepuasan hidup remaja Melayu.Kajian juga mendapati kesyukuran (z = 5.136, p < .01) mempunyai kesan pengantaraan separa bagi perkaitan antara aset perkembangan dengan kepuasan hidup remaja Melayu. Hasil kajian merumuskan aset perkembangan dan kesyukuran menyumbang terhadap kepuasan hidup remaja Melayu,manakala kesyukuran mempunyai kesan pengantaraan separa bagi perkaitan di antara aset perkembangan dengan kepuasan hidup. Kesimpulannya, remaja Melayu harus didedahkan dengan nilai-nilai aset perkembangan dan kesyukuran kerana faktor ini menyumbang dalam meningkatkan tahap kepuasan hidup dalam kalangan remaja Melayu bersekolah.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2016 3 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Quality of life - Psychological aspects - Malaysia
Subject: Adolescent Development - Malaysia
Call Number: FEM 2016 3
Chairman Supervisor: Siti Nor Yaacob, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 26 Jun 2019 01:10
Last Modified: 26 Jun 2019 01:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69134
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item