UPM Institutional Repository

Kesalahan bahasa Jepun dalam penulisan pelajar melayu di sebuah universiti awam, Malaysia


Citation

Hussin, Sanimah (2016) Kesalahan bahasa Jepun dalam penulisan pelajar melayu di sebuah universiti awam, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini mengkaji kesalahan bahasa Jepun dalam penulisan pelajar Melayu di Universiti Putra Malaysia. Kajian yang diusahakan pengkaji ini turut bertujuan untuk merumuskan faktor-faktor interlingual yang mempengaruhi pelajar Melayu melakukan jenis-jenis kesalahan dalam aktiviti penulisan bahasa Jepun berdasarkan Taksonomi Struktur Permukaan (Surface Strategy Taxonomy) di Universiti Putra Malaysia. Di samping itu, kajian ini mengkategorikan jenis-jenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar Melayu berdasarkan Taksonomi Struktur Permukaan (Surface Strategy Taxonomy) Dulay, Burt dan Krashen (1982) iaitu salah bentuk, pengguguran, penambahan dan salah susun. Selain itu, kajian ini juga membincangkan faktor intralingual yang merupakan halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar Melayu semasa menulis dalam bahasa Jepun berdasarkan Taksonomi Intralingual (Richards et al,1992). Antara kesalahan intralingual seperti yang diungkapkan Richards (1992) ialah over-generalization, ignorance of rule restrictions, incomplete application of rules dan false concepts hypothesized. Seterusnya kajian ini juga menghuraikan faktor bukan linguistik yang mempengaruhi pelajar Melayu melakukan kesalahan bahasa dalam penulisan bahasa Jepun.Selanjutnya, tiga soalan penyelidikan telah dibentuk untuk mengkaji kesalahan bahasa Jepun dalam penulisan 15 orang pelajar Melayu di Universiti Putra Malaysia. Pemilihan 15 orang responden ini adalah kerana kaedah kualitatif yang dipilih bagi kajian ini dianggap sebagai kaedah paling sesuai untuk tujuan memahami sesuatu fenomena.Instrumen kajian yang digunakan adalah instrumen berbentuk penulisan karangan yang dipilih daripada dua tajuk yang diberi, 30 soalan terjemahan ayat daripada bahasa Melayu kepada bahasa Jepun dan satu set soal selidik. Responden kajian dikehendaki menulis sebuah karangan yang dipilih daripada dua tajuk yang diberi dan menterjemahkan satu set 30 ayat bahasa Melayu kepada ayat bahasa Jepun.Penulisan karangan dan terjemahan ayat responden akan disemak oleh pengkaji untuk meneliti setiap kesalahan yang dilakukan responden kajian dari aspek intralingual dan interlingual. Set borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan data tentang faktor-faktor bukan linguistik. Sesi temu bual susulan akan dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat tambahan dan rujukan sekiranya timbul sebarang persoalan.Seterusnya, data kajian yang terkumpul sebanyak 900 ayat telah dianalisis secara kualitatif, iaitu dengan menganalisis kesalahan bahasa dalam penulisan bahasa Jepun dari aspek interlingual berdasarkan Taksonomi Struktur Permukaan (Surface Strategy Taxonomy), iaitu dengan membincangkan halangan yang dihadapi pelajar Melayu dalam penulisan bahasa Jepun dari aspek intralingual berdasarkan Taksonomi Intralingual Richard (1974) dan merumuskan faktor bukan linguistik yang mempengaruhi pelajar Melayu melakukan kesalahan bahasa dalam penulisan bahasa Jepun dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Dalam penyelidikan ini analisis temubual dilakukan dengan bantuan perisian ATLAS-ti, yang merupakan sebuah perisian yang boleh digunakan untuk menganalis data kualitatif.Lanjutan itu, dapatan kajian menunjukkan responden telah melakukan 933 jenis kesalahan bahasa yang telah dikategorikan dari aspek interlingual berdasarkan Taksonomi Struktur Permukaan (Surface Strategy Taxonomy) dan dari aspek intralingual berdasarkan Taksonomi Intralingual Richard (1974). Dapatan kajian menunjukkan kesalahan bahasa yang dipengaruhi oleh aspek interlingual adalah kesalahan aspek partikel, kata nama, kata adjektif dan kata kerja. Manakala kesalahan penghilangan merupakan kesalahan bahasa yang paling banyak dilakukan oleh pelajar Melayu dalam tugasan penulisan mereka. Seterusnya, dapatan kajian mendapati bahawa kesalahan bahasa yang dipengaruhi oleh aspek interlingual berlaku apabila pelajar cuba mengubah sistem bahasa kedua / bahasa asing yang mereka pelajari dan cuba membentuk sistem bahasa mengikut kefahaman mereka sendiri. Akhir sekali adalah faktor bukan linguistik seperti sikap cuai, tidak fokus dalam kelas, teknik belajar, masa latihan dalam kelas, lupa kosa kata, keliru dengan pelbagai fungsi struktur bahasa Jepun,kurang mengulangkaji, peluang mempraktikkan bahasa Jepun, motivasi yang rendah dan kurang membuat latihan menulis juga mempengaruhi kesalahan dalam penulisan bahasa Jepun pelajar Melayu di Universiti Putra Malaysia.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2016 79 - IR.pdf

Download (3MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Japanese language - Writing - Malaysia
Call Number: FBMK 2016 79
Chairman Supervisor: Profesor Madya Zaitul Azma Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 18 Jun 2019 01:21
Last Modified: 18 Jun 2019 01:21
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68929
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item