UPM Institutional Repository

Kebudayaan masyarakat Tamil Malaysia dalam antologi cerpen Re.Karthigesu


Citation

M. Muniandy, Ponniamah (2016) Kebudayaan masyarakat Tamil Malaysia dalam antologi cerpen Re.Karthigesu. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini memfokuskan aspek kebudayaan masyarakat Tamil Malaysia dalam Antologi Cerpen Re. Karthigesu (ACRK). Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis budaya kebendaan dan bukan kebendaan dalam ACRK, menganalisis aspek kebudayaan masyarakat Tamil Malaysia yang dipaparkan dalam ACRK dan menjelaskan perubahan aspek kebudayaan masyarakat Tamil Malaysia dalam ACRK dengan menggunakan pendekatan tafsiran autoriti dan tafsiran harian Shamsul Amri Baharuddin, (1996) dan Teori Akulturasi yang dipelopori oleh Berry (1997) dijadikan sebagai landasan bagi kajian ini. Kajian kualitatif analisis deskriptif ini menggunakan kaedah analisis teks yang berinstrumenkan jadual senarai semak. 65 buah cerpen yang dihasilkan antara 1974 hingga 2011 daripada lima buah ACRK digunakan sebagai bahan kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek kebudayaan dalam ACRK dapat dikategorikan kepada kebendaan dan bukan kebendaan. Aspek bukan kebendaan terdiri daripada komponen sistem normatif, sistem kepercayaan dan budaya ekspresif manakala aspek kebendaan terdiri daripada komponen budaya kebendaan. Analisis dapatan menunjukkan bahawa nilai hormat dan taat, tanggungjawab, kasih sayang dan personaliti dan status wanita merupakan nilai yang banyak diterapkan dalam ACRK. Penganalisisan berdasarkan tafsiran autoriti dan tafsiran harian mendapati bahawa tafsiran autoriti mendominasi sistem normatif,mengalami proses intergrasi. Nilai masyarakat masih lagi dipertahankan berdasarkan nilai dan norma yang ditetapkan oleh tafsiran autoriti. Proses penolakan dalam sistem kepercayaan yang terdiri daripada unsur kebudayaan dan agama pula menyebabkan aspek agama sukar diubah dan diganti, walaupun terdapat pengaruh budaya asing.Namun, proses asimilasi yang mengambil tempat dalam komponen budaya ekspresif pula menunjukkan bahawa tafsiran harian mengatasi tafsiran autoriti dan wujud satu bentuk identiti baharu, khususnya dalam komponen bahasa serta personaliti dan kedudukan wanita. Hasil kajian juga menampakkan proses intergrasi menguasai budaya kebendaan yang masih dipegang dan didominasi oleh tafsiran autoriti yang ditetapkan, walaupun terdapat pengaruh budaya lain.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2016 75 - IR.pdf

Download (2MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Tamil (Indic people)
Subject: Tamil culture
Call Number: FBMK 2016 75
Chairman Supervisor: Paramasivam Muthusamy, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 26 Jun 2019 01:38
Last Modified: 26 Jun 2019 01:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68920
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item