UPM Institutional Repository

Perbandingan sistem ejaan jawi dalam surat Sultan Zainal Abidin III dengan sistem ejaan Wilkinson, Za'ba dan baharu


Citation

Alias, Norhafiza (2016) Perbandingan sistem ejaan jawi dalam surat Sultan Zainal Abidin III dengan sistem ejaan Wilkinson, Za'ba dan baharu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tulisan Jawi merupakan sebahagian daripada warisan kebudayaan Melayu Lama dan telah menjadi tulisan rasmi untuk suatu ketika dahulu. Kini ia telah mengalami pelbagai peringkat proses perubahan. Kajian tentang sistem ejaan Jawi bukanlah sesuatu yang baharu, namun kajian sebelum ini tidak menyentuh tentang perkembangan sistem ejaan Jawi tradisi, ejaan lazim dan ejaan mengikut hukum pada abad ke-20 hingga kini. Oleh itu, untuk menampung lompang tersebut, kajian ini akan menjelaskan sistem ejaan Jawi Tradisi, ejaan Lazim dan ejaan Mengikut Hukum yang terdapat dalam naskhah Surat-surat Sultan Zainal Abidin III yang ditulis pada awal abad ke-20 dan perbandingannya dengan Kamus-Jawi-Melayu-Inggeris Wilkinson (Kamus Wilkinson) serta perkembangannya berdasarkan Daftar Ejaan Rumi-Jawi Za’ba (Ejaan Jawi Za’ba) dan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (DKBM) Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Wilkinson mewakili ejaan Jawi awal abad ke-20, Ejaan Jawi Za’ba mewakili ejaan Jawi pertengahan abad ke-20 dan DKBM mewakili ejaan Jawi akhir abad ke-20 dan kini. Kajian ini menggunakan kaedah analisis perbandingan. Selain itu, Modul Matlob, prinsip Ejaan Jawi Za’ba dan tahap Perkembangan Sistem Tulisan Jawi Kang Kyoung Seok (1993) juga digunakan untuk melihat perbezaan dan persamaan yang ada dalam semua bahan kajian. Oleh itu, ejaan Jawi dalam Surat Sultan Zainal Abidin III telah dijadikan sebagai asas perbandingan kerana bahan ini bersesuaian dalam usaha mengesan dan mengenal pasti bentuk ejaan Jawi yang pernah digunakan pada peringkat awal abad ke-20 di Alam Melayu sebelum perubahan yang membawa kepada sistem ejaan Jawi yang digunakan kini. Tambahan pula, surat ini merupakan salinan asal yang bertulisan tangan. Justeru itu, hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat banyak ejaan Jawi dalam Surat Sultan Zainal Abidin III yang mengalami perubahan, terutamanya dari segi sistem ejaan Tradisi. Namun begitu, keseluruhan sistem ejaan Tradisi, Lazim dan Mengikut Hukum telah digunakan secara meluas dalam Surat Sultan Zainal Abidin III. Hal ini menunjukkan bahawa sistem ejaan Jawi Baharu merupakan kesinambungan sistem ejaan Jawi lama yang sudah mantap dan tidak perlu diubah lagi.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2016 5 - IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Jawi alphabet - Writing
Subject: Jawi script
Subject: Jawi alphabet - History
Call Number: FBMK 2016 5
Chairman Supervisor: Profesor Madya Adi Yasran bin Abdul Aziz, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Warisan kebudayaan melayu lama; Perkembangan sistem tulisan jawi
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 31 May 2019 02:35
Last Modified: 31 May 2019 02:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68768
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item