UPM Institutional Repository

Penguasaan ayat majmuk Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar prauniversiti


Citation

Abdul Razak, Zurakintan (2014) Penguasaan ayat majmuk Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar prauniversiti. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Bahasa Melayu selain dijadikan bahasa kebangsaan, juga turut memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Setiap pelajar diwajibkan mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu sejak peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat sekolah menengah. Hal ini bermakna, bahasa Melayu sewajarnya dipelajari dan dikuasai oleh pelbagai lapisan masyarakat, khususnya pelajar sekolah. Tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar hari ini seharusnya berada pada tahap yang baik dan membanggakan selari dengan matlamat kurikulum bahasa Melayu sekolah menengah. Kajian ini berfokus kepada penguasaan ayat majmuk bahasa Melayu dalam kalangan pelajar prauniversiti. Objektif penyelidikan ini adalah untuk menentukan tahap penguasaan ayat majmuk bahasa Melayu dalam kalangan pelajar prauniversiti, menganalisis struktur ayat majmuk dalam penulisan karangan pelajar serta menghuraikan faktor kelemahan mereka dalam penguasaan ayat majmuk bahasa Melayu. Kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan data ialah melalui pendekatan kajian kepustakaan dan kajian lapangan dengan menggunakan instrumen ujian, soal selidik dan temu bual. Ujian tersebut pula terbahagi kepada dua, iaitu ujian pengesanan tahap penguasaan ayat majmuk bahasa Melayu dan penulisan karangan. Data yang dikumpulkan ini dianalisis secara deskriptif berasaskan teori Transformasi Generatif. Setiap ayat yang mempunyai struktur dasar dan struktur permukaan dipaparkan dalam bentuk rajah pohon.Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap penguasaan ayat majmuk bahasa Melayu yang sederhana dan lemah. Kebanyakan responden tidak menguasai konsep ayat majmuk dan jenisnya secara rinci. Hasil daripada analisis ayat majmuk dalam karangan, didapati bahawa terdapat 2383 ayat yang telah dihasilkan dan 60 peratus daripadanya ialah ayat majmuk, manakala 38.1 peratus merupakan ayat yang tidak gramatis. Kelemahan responden dalam pembinaan ayat majmuk adalah dari segi penggunaan kata hubung yang tidak tepat dan terdapatnya pelbagai kesalahan bahasa. Kelemahan dalam penguasaan ayat majmuk bahasa Melayu akan memberikan kesan ke atas pencapaian dan kecemerlangan pelajar. Perkara ini perlu ditangani agar dapat meningkatkan penguasaan bahasa, sekali gus mempermantap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat mengikut konteksnya.


Download File

[img]
Preview
Text
fbmk 2014 72 ir.pdf

Download (914kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Compound words
Subject: Grammar, Comparative and general
Call Number: FBMK 2014 72
Chairman Supervisor: Profesor Madya Che Ibrahim bin Salleh, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 31 May 2019 01:55
Last Modified: 31 May 2019 01:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68697
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item