UPM Institutional Repository

Cabaran dan pencapaian ASEAN sebagai sebuah pertubuhan serantau


Citation

Mansor, Mohamed Irwan (2017) Cabaran dan pencapaian ASEAN sebagai sebuah pertubuhan serantau. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tesis ini mengkaji ASEAN sebagai sebuah pertubuhan serantau. Fokus kajiannya adalah kepada tiga aspek utama, iaitu membincangkan faktor penubuhan ASEAN sebagai sebuah pertubuhan serantau, menganalisis cabaran dan masalah yang dihadapinya dan menilai pencapaiannya sebagai sebuah pertubuhan serantau. Dalam menjawab persoalan ini, konsep kerjasama serantau digunakan sebagai alat analisis dengan datanya dikutip dari sumber sekunder. Data sekunder diperolehi dari buku, jurnal, akhbar dan juga laman sesawang yang berkaitan dengan tajuk kajian. Data ini dianalisis secara kualitatif. Hasil kajian mendapati faktor penubuhan ASEAN adalah untuk mengatasi tiga masalah utama pada waktu itu, iaitu konfrantasi Malaysia dan Indonesia, tuntutan Filipina ke atas Sabah, dan ancaman komunis di Asia Tenggara. Dari segi cabaran yang dihadapi oleh ASEAN pula, hasil kajian mendapati masalah utama ASEAN ialah kuasanya yang terhad. Ini kerana negara anggota ASEAN terikat dengan piagam ASEAN dan dasar ZOPFAN yang melarang negara anggotanya mencampuri hal ehwal negara lain. Keadaan ini menyebabkan ASEAN gagal menangani isu Rohingya kerana terikat dengan isi kandungan Piagam ASEAN. Masalah seterusnya ialah sikap negara anggota yang tidak hormat kepada keputusan ASEAN seperti dalam tindakan Thailand menolak keputusan ASEAN berhubung dengan kes tuntutan bertindih Kuil Preah Vihear bersama Kemboja. Keadaan ini menyebabkan ASEAN gagal menyelesaikan tuntutan antara dua negara anggotanya. Dalam isu tuntutan bertindih pula, negara anggota ASEAN menolak tawaran ASEAN untuk menyelesaikannya, sebaliknya memilih ICJ sebagai badan penyelesaiannya. Dari segi pencapaian pula, hasil kajian mendapati ASEAN telah mencapai beberapa kejayaan. Antaranya ialah menyelesaikan beberapa konflik di antara sesama negara anggota seperti kes penaklukan tentera Vietnam ke atas Kemboja, meningkatkan hubungan perdagangan sesama negara anggota, meningkatkan kerjasama dalam berkongsi maklumat risikan dan lainnya. Akhir sekali tesis ini mendapati langkah ASEAN membentuk ASEAN Economic Community (AEC) adalah pencapaian terbesarnya. Walaupun kejayaan ini belum lagi setaraf dengan kemampuan rantau Eropah yang telah berjaya membentuk Kesatuan Eropah (EU), namun kewujudan AEC menunjukkan ASEAN terus komited dalam menjalinkan kerjasama yang erat untuk terus maju sebagai sebuah badan pertubuhan serantau. Pencapaian ini adalah hasil dari semangat kerjasama dan saling mempercayai, sikap diplomasi, tolak ansur dan perundingan antara sesama negara anggota.


Download File

[img]
Preview
Text
FEM 2018 13 IR.pdf

Download (643kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Regionalism (International organization)
Subject: International agencies
Call Number: FEM 2018 13
Chairman Supervisor: Ahmad Tarmizi Talib, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 16 May 2019 06:12
Last Modified: 16 May 2019 06:12
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68560
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item