UPM Institutional Repository

Kedai mamak sebagai platform kesepaduan sosial dalam konteks Malaysia


Citation

Fadzil, Mohd Fauzi and Sukimi, Mohamad Fauzi (2018) Kedai mamak sebagai platform kesepaduan sosial dalam konteks Malaysia. Pertanika MAHAWANGSA, 5 (2). pp. 449-460. ISSN 2289-7259

Abstract

Penulisan ini dilakukan dengan tujuan untuk meneroka peranan kedai mamak sebagai platform kesepaduan sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Sehubungan dengan itu, dua tujuan kajian telah dibentuk untuk mengkaji peranan kedai mamak sebagai platform kesepaduan sosial, iaitu menjelaskan kedudukan kedai mamak sebagai platform kesepaduan sosial berdasarkan pandangan pengunjung kedai mamak dan membincangkan hubungan antara First Places, Second Places dengan Third Places dalam membentuk kesepaduan sosial berdasarkan pandangan pengunjung kedai mamak. Teori Third Places digunakan untuk menganalisis peranan ruang sosial lain yang wujud sebelum kedai mamak dalam memangkin kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Pendekatan penyelidikan kualitatif digunakan dalam penulisan ini. Teknik pengumpulan data yang dipilih ialah temu bual mendalam dan pemerhatian. Unit analisis bagi kajian ini ialah pengunjung kedai mamak yang mempunyai rakan-rakan dari etnik yang pelbagai. Penulisan mendapati bahawa dapatan daripada informan menunjukkan bahawa rumah/kejiranan ialah First Places, tempat kerja/ belajar ialah Second Places dan kedai mamak adalah Third Places. Peranan Third Places dalam penulisan ini adalah untuk menyambung hubungan sosial yang telah terbentuk dalam First Places dan Second Places. Penulisan ini menyimpulkan bahawa kedai mamak berada dalam kedudukan Third Places. Justeru, dalam membincangkan kesepaduan sosial maka perhatian seharusnya diberikan kepada First Places dan Second Places berbanding dengan Third Places.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Kedai mamak sebagai platform kesepaduan sosial dalam konteks Malaysia.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Institute for Social Science Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Ethnic relations; Social cohesion; First places; Second places; Third places; Mamak shop
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 10 May 2019 08:34
Last Modified: 10 May 2019 08:34
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68410
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item